Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

936 Buruh Warga Asing...

SEREMBAN - Seramai 936 buruh binaan warga asing ditahan dalam Ops Ikrar Bersepadu...

Had Umur Belia: Kerajaan...

KUALA LUMPUR - Kerajaan Persekutuan akan menilai alasan Kerajaan Johor yang mengekalkan had...

Tangani Kes Kekejaman Ke...

GEORGE TOWN - Sahabat Alam Malaysia (SAM) menggesa pihak polis dan Jabatan Perkhidmatan...

Heboh Hutang PTPTN: Mana...

KUALA LUMPUR - "Mengapa Timbalan Menteri Pendidikan (Teo Nie Ching) tidak mengendahkan pendapatan...

Dua Pesara Guru Rugi Lebih RM180,000 Ditipu Macau Scam

TAIPING – Dua pesara guru masing-masing mengalami kerugian keseluruhan berjumlah RM186,000 gara-gara terpedaya dengan sindiket Macau Scam baru-baru ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Taiping Supt Razlam Ab Hamid berkata seoarang mangsa wanita keturunan Cina berumur 62, mengalami kerugian RM66,400, manakala seorang lagi lelaki Melayu berumur 58 tahun kerugian RM119,600.

Katanya modus operandi sindiket adalah memperdayakan mangsa melalui panggilan telefon dengan menyamar termasuk sebagai pegawai bank, pegawai mahkamah dan pegawai polis serta memberitahu butiran peribadi mangsa telah disalahguna.

“Sekiranya mangsa enggan mengikut arahan sindiket, mangsa akan diugut kononnya akan ditangkap atau akaun bank akan dibekukan.

“Mangsa yang percaya akan mengikut segala arahan “scammer” untuk memberikan butiran peribadi perbankan seperti nombor akaun bank, nombor pin kad ATM atau memasukkan wang ke dalam akaun pihak ketiga supaya tidak diambil tindakan undang-undang,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.


Razlam berkata sebagai langkah pencegahan, pihaknya menasihatkan masyarakat agar berhati-hati apabila menerima panggilan telefon yang meminta mereka membuat pembayaran bagi menggelakkan diri daripada diambil tindakan undang-undang.

“Sekiranya terima panggilan-panggilan yang mencurigakan sila rujuk kepada agensi berkenaan dengan berjumpa secara semuka atau laporkan kepada pihak berkuasa bagi menggelakkan diri menjadi mangsa penipuan,” katanya. – BERNAMA

Kategori