Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Pan Borneo Setanding Lebuh...

SIPITANG - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan jaringan Lebuhraya...

Dianggap Sebagai Kekasih Anak...

Dengan kulit yang bercahaya, rambut tebal tanpa kedutan di badan, sukar untuk mempercayai...

Ikon Usahawan Disaran Jadi...

KUALA LUMPUR - Ikon usahawan yang telah berjaya mencipta nama di negara ini...

Penganggur Didakwa Bunuh Dua...

KUALA LUMPUR: Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Majistret Selayang di sini hari ini,...

Dua Pasangan Suami Isteri Antara Lima Individu Ditahan

SUNGAI PETANI – Dua pasangan suami isteri antara lima individu ditahan bersama 6,165 gram dadah bernilai RM175,000 dalam tiga serbuan berasingan di rumah masing-masing di sebuah taman perumahan di Gurun, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kedah, Supt Helmi Aris berkata dalam serbuan pertama pada jam 7.15 pagi, polis menahan sepasang suami isteri masing-masing berumur 41 dan 34 tahun selain merampas dadah dipercayai jenis heroin seberat 5,422 gram serta 670 gram dadah disyaki syabu.

Beliau berkata dadah itu ditemukan dalam sebuah beg hitam dan turut merampas wang tunai RM11,150 daripada pasangan tersebut.

“Ujian saringan air kencing turut mendapat pasangan itu positif dadah dan lelaki tersebut mempunyai tiga rekod jenayah lampau berkaitan penyalahgunaan dadah,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda di sini hari ini.

Dalam serbuan kedua pada jam 8.30 pagi, katanya, seorang lelaki berusia 39 tahun ditahan bersama dadah disyaki heroin seberat 22 gram dan satu gram dadah dipercayai syabu.

Beliau berkata polis turut merampas wang tunai berjumlah RM414 serta ujian saringan air kencing mendapati lelaki berkenaan positif dadah manakala suspek tidak mempunyai rekod kesalahan lampau.

Helmi berkata bagi serbuan ketiga pula pada 9.20 pagi, polis menahan pasangan suami isteri masing-masing berusia 21 dan 20 tahun yang baru tiga bulan berkahwin serta merampas 48 gram dadah dipercayai heroin dan dadah disyaki syabu seberat dua gram.

“Polis turut merampas wang tunai sebanyak RM2,600 dan ujian saringan air kencing mendapati suami positif dadah manakala isteri negatif. Hasil semakan didapati lelaki ini juga mempunyai satu rekod kesalahan lampau berkaitan dadah,” katanya.


Helmi berkata polis turut menyita dua kereta iaitu jenis Honda Accord dan Odyssey bernilai anggaran RM100,000 serta dua motosikal jenis Yamaha LC 135 dan Yamaha RXZ 125 bernilai kira-kira RM16,000.

Beliau berkata tangkapan dan rampasan dadah itu dibuat hasil maklumat awam dan kesemua lima individu ini saling mengenali antara satu sama lain.

“Dipercayai juga mereka ini daripada sindiket yang sama dengan disyaki mengedar dadah di Sik, Gurun dan Pendang dan dipercayai mereka terbabit dalam aktiviti ini antara dua hingga tiga bulan,”katanya.

Beliau berkata kesemua mereka direman tujuh hari bermula hari ini dan kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • dadah

Kategori