Dua Orang Pembantu Taska Dirogol, 7 Suspek Ditahan

AMPANG Jaya, Selangor- Satu lagi kejadian rogol telah berlaku dekat sini yang melibatkan pembantu taska.

Kedua-dua mangsa yang salah seorangnya berusia 45 tahun telah dirogol oleh dua orang lelaki yang memecah masuk dan merogol mangsa sebelum mereka disimpah dengan cecair peluntur kononnya untuk menghilangkan bukti.

Kejadian yang berlaku pada jam 4 pagi pada 14 Julai lalu merupakan kejadian yang tidak diduga kerana ianya berlaku pada awal pagi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmad berkata, kedua-dua suspek telah berjaya melarikan diri dan membawa beberapa barangan milik mangsa.

“Mangsa dirogol dan disimbah dengan cecair peluntur yang kononnya untuk menghilangkan bukti sebelum suspek melarikan diri bersama televisyen dan telefon milik mangsa,” katanya.

Fadzil berkata bawah hasil siasatan lanjut telah berjaya memberkas seramai tujuh orang suspek yang merupakan warga tempatan yang berusia antara 27 hingga 45 tahun dalam serbuan yang telah dibuat bermula jam 5 petang hingga jam 5 pagi tadi di sekitar kawasan dekat Ampang Jaya.

“Semua suspek dibawa ke Mahkamah Ampang hari ini untuk permohonan reman dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol,” ulasnya lagi.

Loading...