Thursday, April 18, 2024

Creating liberating content

GST Terbaik Untuk Negara...

KOTA KINABALU - Sistem percukaian Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang bakal dilaksanakan...

Malaysia Diaibkan Oman 6-0...

SKUAD Harimau Malaya nyata bukan lawan Oman selepas diaibkan dengan kekalahan 6-0 pada...

Hukum Muat Naik Gambar...

MENURUT pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus, memuat naik gambar makanan menerusi media sosial...

Doktor Sempat Bergambar Ketika...

TAK tahu apa yang terlintas di fikiran seorang doktor apabila dia tergamak bergambar ketika...

Dua Maut, Enam Cedera Van Pekerja Terbabas

KUANTAN – Dua warga Bangladesh maut manakala enam termasuk pemandu warga tempatan cedera selepas van pekerja dinaiki mereka terbabas di Km121.4 Lebuhraya Pantai Timur 1, arah Kuantan di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Temerloh ACP Zundin Mahmood berkata setakat ini hanya seorang mangsa yang maut dikenal pasti iaitu Hossain Forhad, 36, yang merupakan pekerja kontrak.

Identiti lima lagi pekerja warga Bangladesh yang cedera ringan dalam kemalangan 4.45 petang itu masih belum dapat disahkan, manakala pemandu van dikenal pasti sebagai Mohd Kamarul Baharin, 52, dari Rawang, Selangor, katanya ketika dihubungi.

“Kemalangan dipercayai berpunca pemandu yang mengantuk terlelap semasa memandu menyebabkan kenderaan terbabas ke dalam longkang di sebelah kiri jalan,” katanya.

Menurutnya kemalangan berlaku ketika van pekerja terbabit dalam perjalanan dari Bentong ke Chini, Pekan.


Mayat dan semua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah di sini dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, katanya. – BERNAMA

Kategori