Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kastam Kedah Gagalkan Cubaan...

ALOR SETAR : Siasatan lanjut Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) terhadap sebuah lori...

Hoki Trofi Juara-Juara Asia:...

KUANTAN - Malaysia gagal melangkah ke final Kejohanan Hoki Trofi Juara-Juara Asia 2016...

Air Pasang Besar, Keadaan...

SHAH ALAM - Keadaan pantai di lima daerah di Selangor masih terkawal dan...

Sentiasa Ada Polemik Jika...

KUALA LUMPUR - "Bila orang Islam nak bersatu sesama Islam ada saja polemiknya,"...

Dua Lelaki Didakwa Rompak Berkumpulan Remaja Perempuan

PETALING JAYA – Dua lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan melakukan rompak berkumpulan terhadap seorang remaja perempuan.

Penganggur Muhammad Shafiq Sohaimi, 21, dan rakannya Sukmadi Abdullah, 22, juruteknik penghawa dingin, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Hakim Manira Mohd Nor.

Mereka didakwa bersama-sama melakukan rompak berkumpulan ke atas Jessica Sau Bao Xuan, 16, dengan cara merampas telefon bimbitnya di persimpangan Jalan 10/10, Jalan 10/3, Seksyen 10, di sini, pada 3 petang, 24 Okt lalu.

Mereka didakwa di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan juga boleh dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Nadiah Malek Fauzie tidak menawarkan sebarang jaminan mengambil kira faktor kekerapan kesalahan rompak manakala Muhammad Shafiq yang diwakili peguam Azi Azlin Zulkifli memohon jaminan yang rendah.

Mahkamah membenarkan Muhammad Syafiq diikat jamin RM10,000 dengan syarat tambahan melapor diri ke balai polis berhampiran pada setiap bulan dan menetapkan 1 Dis untuk sebutan semula kes.

Sukmadi pula tidak diwakili peguam.


Di Mahkamah Sesyen lain, Muhammad Shafiq mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memiliki senjata berbahaya iaitu sebilah kerambit dan sebuah buku lima yang diubahsuai daripada bahagian motosikal, di Jalan Selangor di sini pada 1 pagi, 28 Okt lepas.

Dia didakwa di bawah Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 (Akta 357), yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan juga boleh dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Nur Aishah Ahmad Zakiuddin menawarkan jaminan RM12,000, bagaimanapun tertuduh yang diwakili peguam sama memohon jaminan yang rendah.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dan menetapkan tarikh sama untuk sebutan semula kes. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori