Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Bomba Periksa Pusat Mengundi,...

KUALA TERENGGANU – Sebanyak 778 buah pusat mengundi di seluruh negara telah di...

Wanita Dibunuh Kejam Kenalan...

PERKENALAN melalui aplikasi pencarian jodoh membawa 'malang' kepada seorang wanita apabila ditemui mati...

Gadis ‘Rapunzel’ Hasrat Simpan...

PASTI ramai mengetahui mengenai kisah animasi dongeng Rapunzel, seorang puteri yang memiliki rambut...

Projek Bangun Tanah Wakaf...

ALOR SETAR - UDA Holdings Berhad (UDA) melalui anak syarikatnya UDA Waqf Sdn...

Dua Asrama Kolej Legenda Mantin Musnah Terbakar

NILAI – Dua asrama di tingkat tiga Kolej Legenda Mantin, dekat sini musnah dalam kebakaran malam tadi.

Pegawai operasi Balai Bomba dan Penyelamat Mantin Abd Razak Abd Rahman  berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 7.04 malam dan enam anggota bersama-sama sebuah jentera dikejarkan ke tempat kejadian.

“Kami tiba di lokasi pada 7.09 malam dan melihat api sedang marak di tingkat tiga di kedua-dua rumah asrama itu,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Menurut Abdul Razak, api berjaya dikawal dalam tempoh 20 minit dan dipadam sepenuhnya pada 7.49 malam.


Katanya pemeriksaan mendapati sebuah daripada asrama itu musnah 100 peratus manakala sebuah lagi 80 peratus terbakar.

Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan kerana kedua-dua asrama itu tidak berpenghuni ketika kejadian, katanya.

“Kebakaran didapati berpunca daripada api sampah di dalam bangunan tersebut. Kerugian dianggarkan RM300,000,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori