Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Masyarakat India Boleh Melabur...

KUALA LUMPUR - Masyarakat India di negara ini boleh membuat pelaburan Amanah Saham...

Cerita Sebenar 6 Maut...

Oleh: Fahmi Hassan Al AbadRAMAI yang gusar dengan tajuk berita ini. Ya, jika...

Wanita Buddha Dijel 18...

BALASAN... Seorang wanita dihukum penjara 18 bulan kerana mengadu mengenai laungan azan dari...

Kempen Rasmi Pemilihan PKR...

KUALA LUMPUR: Kempen secara rasmi Pemilihan PKR 2022 hanya akan bermula selepas penamaan...

‘Drama Air Mata’ Pendatang Asing Dalam Ops BAH Ke-9

KUALA LUMPUR – Seorang wanita warga Indonesia yang bekerja di sebuah pusat sauna tanpa lesen telah ditahan Jabatan Imigresen menerusi Operasi Banteras Aktiviti Haram (BAH) siri ke-9, semalam.

Wanita tersebut ditahan kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

Proses penahanannya mengalami sedikit kerumitan berikutan wanita tersebut mula membuat drama air mata meminta dirinya dilepaskan oleh pihak berkuasa.

Namun, drama itu tidak berpanjangan apabila majikan wanita tersebut tampil untuk memujuk pekerjanya agar mengikut arahan yang telah diberikan oleh pihak berkuasa.

DSC_0616

“Jangan risau, nanti kami akan ambil awak balik, sudah-sudah jangan menangis,” ujar pemiliknya yang cuba menenangkan wanita tersebut.

https://www.youtube.com/watch?v=PxP5x1gtuIg


Pemilik kepada premis sauna tersebut juga dikenakan saman kerana melanggar syarat di bawah Undang-Undang Kecil Establisment Kecantikan dan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2003.

Notis amaran dan surat tunjuk sebab yang disertakan kompaun telah dikenakan kepada pemilik pusat sauna yang melanggar syarat lesen rumah urut yang diluluskan.

Di antaranya ialah keadaan bilik sauna yang gagal mematuhi syarat utama lesen iaitu bilik urut hanyalah dipasang tirai bukannya binaan tetap seperti dinding yang diperbuat dari patisyen.

Dalam Ops BAH 9 yang bermula jam 4.00 petang dan berakhir jam 7.00 malam itu, empat premis digeledah dan berjaya menahan 6 pekerja yang gagal menunjukkan dokumen yang sah serta penahanan seorang majikan kerana menggajikan pekerja tanpa permit dan dokumen perjalanan yang sah. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: HZQAHMD
Photo/Video: RIZA RAZAK

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori