Mahathir Tiba Di Johor Menghadap Sultan Ibrahim

JOHOR BAHRU – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohammad tiba di Lapangan Terbang Interurbans Senai (LTAS), di sini, hari ini, bagi menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar, di Istana Bukit Serene.

Perdana Menteri tiba dengan pesawat khas kira-kira pukul 3.30 petang dan disambut Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian.

Turut hadir, barisan EXCO Kerajaan Negeri dan Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA), Datuk Ismail Ibrahim.

Difahamkan, ia pertemuan pertama antara Sultan Johor dengan Mahathir sejak dilantik semula sebagai Perdana Menteri selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 pada 9 Mei tahun lalu.

Mahathir dijangka berlepas pulang ke ibu negara jam 5.30 petang ini selepas selesai pertemuan itu. – BERNAMA

Loading...