Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Tukang Masak Ditahan Dipercayai...

KOTA TINGGI - Seorang tukang masak ditahan kerana dipercayai mendera anak lelakinya berusia...

70 Peratus Manifesto Berjaya...

MELAKA - Sebanyak 70 peratus daripada 31 inisiatif yang dijanjikan kerajaan Pakatan Harapan...

Polis Berkas 7 Lelaki...

KUANTAN - Polis menahan tujuh lelaki termasuk seorang warga asing yang terlibat dalam...

SWM Lancar Operasi Khas...

JOHOR BAHARU - SWM Environment Sdn. Bhd. (SWM) bakal menjalankan operasi khas pada...

Mahathir Tekankan Pentingnya Tahap Pencapaian Tinggi

PETALING JAYA – Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau sememangnya tidak mudah berpuas hati dengan apa-apa pencapaian, dan sikapnya itu turut dilihat dalam soal prestasi Kabinetnya.

Beliau turut menekankan keperluan bertindak dalam tempoh masa yang pantas.

“Saya tidak pernah berpuas hati. Saya kalau boleh hendak buat (apa-apa tindakan) kelmarin, bukan hari ini,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan di sini hari ini.

Dr Mahathir ditanya sama ada beliau berpuas hati dengan pencapaian Kabinetnya setakat ini yang dilantik susulan kemenangan Pakatan Harapan (PH) yang diterajuinya pada pilihan raya umum 9 Mei lalu.

Beliau seterusnya menarik perhatian bahawa janji-janji pilihan raya PH belum dapat dicapai 100 peratus atas sebab-sebab tertentu, termasuk keputusan kerajaan PH yang tidak dilaksana pihak tertentu dalam jentera kerajaan.

“Kita dapati kerosakan yang dilakukan dalam kerajaan (akibat tindakan kerajaan terdahulu) jauh lebih buruk sehingga masih ada orang yang cuba mengelak daripada melaksanakan keputusan-keputusan kerajaan kita,” kata Dr Mahathir.

Ini berlaku, katanya, kerana ada pegawai kerajaan yang masih setia kepada perdana menteri sebelumnya, Datuk Seri Najib Tun Razak.


“Umpamanya bila kita lantik pegawai tertentu, menteri berhak mendapat pegawai mereka. Walaupun diluluskan oleh saya tapi mereka tidak dibayar gaji, dan (kita) dapat tahu sehingga empat bulan gaji tak bayar sebab ada pegawai berpendapat (kononnya) ada perkara tak kena dalam pelantikan ini,” katanya.

“Tapi selepas Kabinet putuskan akan ambil tindakan, barulah gaji dibayar. Jadi nampak dalam jentera pentadbiran ada orang yang agak ‘liat’, tak nak terima pelantikan daripada kerajaan baharu,” jelas beliau.

Mengenai pelantikan Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik sebagai Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang dikritik sesetengah pihak, Dr Mahathir berkata: “Ramai orang bagi pendapat. Dan kita juga sensitif dengan reaksi itu. Jadi kita telah buat keputusan untuk mengkajinya semula.” – BERNAMA

Kategori