Donnarumma Pecah Rekod Penjaga Gol Termuda Itali

PEMAIN bola sepak Itali, Gianluigi Donnarumma telah memecahkan rekod sebagai penjaga gol termuda yang pernah bermain bersama skuad Itali.

Pemain berusia 17 tahun yang menggantikan pemain dari kelab Juventus, Gianluigi Buffon, di babak kedua ketika pasukan dengan berlawan dengan skuad Perancis di laga uji coba, dan sekaligus menjadi penjaga gawang termuda yang pernah bermain untuk Azzurri.

Dan luar biasanya lagi, pemain berusia 38 tahun, Buffon, mencatat kemunculan sulung selama dua tahun sebelum Donnaruma lahir pada 29 Oktober 1997.

Donnarumma kini bersama AC Milan dan ia juga memecahkan rekod sebagai pemain termuda yang pernah bermain bersama Itali, dalam tempoh 105 tahun terakhir.

Pada tahun 2015 yang lalu, pemain ini juga memecahkan rekod kelab AC Milan sebagai penjaga gol termuda yang membuat persembahan di Serie A, ketika mencatat penampilan sulungnya dalam perlawanan menentang Sassuolo pada usia 16 tahun. – MYNEWSHUB.CC

Loading...