Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kerajaan Diminta Utamakan Projek...

KUALA LUMPUR – Seorang anggota Dewan Negara hari ini meminta agar kerajaan mengutamakan...

Wajah Aktor ‘Rajinikanth’ Hiasi...

GEORGE TOWN - Wajah superstar India Selatan, Rajinikanth yang membintangi filem terbaharunya, Kabali...

Datuk Syeikh Fadzil Awang...

ALOR SETAR – Datuk Syeikh Fadzil Awang dilantik sebagai Mufti Kedah yang baharu berkuat kuasa 19 Julai lepas, kata Menteri Besar...

Taylor Rai Ulang Tahun...

NAMPAKNYA hubungan cinta dengan Calvin Harris bertahan cukup lama hinggakan penyanyi Taylor Swift berkesempatan meraikan...

Dividen 2016 KWSP Atasi Pulangan Purata SWF

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencatatkan keputusan yang baik meskipun pasaran kewangan global mencabar pada 2016 untuk mengatasi purata pulangan dana harta negara (SWF).

KWSP mengisytiharkan dividen 5.7 peratus bagi 2016 manakala purata pulangan dana harta negara ialah pada 4.2 peratus tahun lepas, kata Ketua Ekonomi/Ahli Strategi Pelaburan IQI Group Holdings, Shan Saeed.

“Jika saya membandingkan prestasi KWSP dengan dana-dana lain seperti dana harta negara milik Qatar, Qatar Investment Authority, dana pencen awam Amerika Syarikat (AS), California Public Employees’ Retirement System dan Government Pension Fund of Norway, KWSP mencatatkan prestasi yang agak baik dengan pembayaran dividen dan menunaikan janjinya kepada pencarumnya,” katanya kepada Bernama.

Mengenai pengumuman dividen KWSP semalam, Shan berkata pengurusan dana itu telah menunjukkan profesionalisme dan kepintaran pasaran kewangan dalam menyediakan keputusan yang baik.

“Alasannya adalah KWSP mempunyai pempelbagaian dalam pelbagai kelas aset dan wilayah, yang merupakan keperluan mandatori bagi strategi portfolio aset pintar,” katanya.

Dengan industri kewangan berubah pada kadar yang pantas dan pasaran ekuiti/bon semakin tidak menentu disebabkan oleh norma-norma baharu, KWSP perlu melihat pada skop jangka panjang dan jangka pendek antara peruntukan aset strategik dan taktik.

“KWSP perlu menyedari tentang pembolehubah dinamik yang mengubah norma. Risiko politik geo telah menjadi faktor terbesar membawa impak kepada pasaran kewangan global,” kata Shan.

Menurutnya, oleh kerana kebanyakan dana harta negara mengejar pulangan apabila pasaran menjadi semakin bergelora, strategi utama bagi dana harta negara adalah untuk menyemak semula strategi portfolio aset mereka dan menyelaraskannya sebagai kuasa pasaran.

Dana harta negara memegang aset bernilai US$8.2 trilion (US$1 = RM4.45) dan daripada jumlah itu 29 peratus yang dipegang adalah hartanah.

Hartanah kini menjadi mata wang baharu global, katanya.


Sementara itu, Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) berkata kadar dividen 5.70 peratus yang diisytiharkan KWSP bagi 2016 itu adalah berpatutan, memandangkan keadaan ekonomi yang tidak menentu, dalam dan luar negara.

Pengarah Eksekutifnya, Dr Zakariah Abdul Rashid, berkata kadar itu lebih rendah daripada tahun sebelumnya kerana pasaran ekuiti tempatan tidak mencatatkan prestasi baik.

“Kira-kira 70 peratus daripada jumlah aset pelaburan KWSP adalah berasaskan domestik, terutamanya dalam ekuiti, tetapi pasaran kurang memberangsangkan tahun lepas.

“Namun hasil pempelbagaian KWSP, pelaburan luar negaranya, yang membentuk kira-kira 29 peratus daripada jumlah aset pelaburan, menyumbang 39 peratus daripada pendapatan pelaburan kasar tahun lepas,” katanya kepada Bernama.

Zakariah berkata pengurusan semasa KWSP menunjukkan disiplin dan profesionalisme sejajar dengan objektifnya sebagai pelabur jangka panjang untuk menyediakan pulangan yang konsisten bagi ahli-ahlinya.

“Saya berharap ia akan terus mendukung prinsip pelaburan seperti itu pada masa keadaan semakin tidak menentu,” katanya.

Beliau berkata menjadi satu yang menarik untuk melihat keputusan prestasi KWSP bagi tahun ini, kerana bermula 2017, keputusan akan dipecahkan kepada simpanan konvensional dan simpanan Syariah bagi pengumuman keputusan suku tahun dan tahunan. – BERNAMA

Kategori