Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

IJF Mohon Maaf Lepas...

PETALING JAYA – Satu laman penyokong pasukan bola sepak Johor Darul Takzim, Inter...

Pekerja Bank Ditahan Bantu...

MUAR - Polis berjaya menahan seorang wanita yang merupakan pekerja sebuah bank di...

Isteri PM India Rimas...

New Delhi - Isteri Perdana Menteri India Narendra Modi yang tidak tinggal serumah...

Boleh Tunai Umrah Dalam...

KUALA LUMPUR - Umat Islam di negara ini dijangka menerima berita gembira berkaitan...

Diskaun 10% Lebuh Raya Cheras-Kajang, NNKSB Ahad Ini

KUALA LUMPUR – Pengguna Lebuh Raya Cheras-Kajang dan Lebuh Raya Pintasan Selat Klang Utara Baru (NNKSB) akan menikmati diskaun 10 peratus kadar tol sempena sambutan perayaan Krismas Ahad ini.

Taliworks Corporation Berhad dalam satu kenyataan hari ini berkata diskaun untuk kenderaan Kelas 1 di semua plaza tol di lebuh raya berkenaan akan bermula pada 12.01 pagi, 25 Dis, selama 24 jam.

Taliworks Corporation Berhad merupakan syarikat induk Grand Saga Sdn Bhd yang memegang konsesi Lebuh Raya Cheras-Kajang, dan syarikat usahasamanya, Grand Sepadu (NK) Sdn Bhd, yang memegang konsesi NNKSB.

Diskaun berkenaan diberikan sebagai tanda penghargaan kepada semua pengguna lebuh raya dan sebagai sebahagian daripada komitmen kumpulan terhadap inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang berterusan, kata syarikat itu.


“Inilah masanya untuk bergembira dan bagi pihak Taliworks, saya ingin mengucapkan kepada semua rakyat Malaysia selamat menyambut Krismas dan bercuti.

Kepada semua pengguna lebuh raya, sila berikan keutamaan kepada keselamatan dan selamat memandu dengan berhemah,” kata Pengurus Besar Kanan kumpulan itu, A. Rajasolan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori