Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Agong Harap Hubungan Malaysia-UK...

LONDON - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Permaisuri...

‘Body Shaming’ Halal, Avatar...

KUALA LUMPUR - "Tunggu gak (juga) kalau ada tak orang kata buat Avatar...

Bila Mabuk… Bogel Pun...

Ia merupakan detik-detik memalukan bagi seorang lelaki berusia 20 tahun, Matt Hill, yang...

4 Beranak Kayuh Basikal...

SABAK BERNAM - Empat beranak mengayuh basikal sejauh 107km untuk pulang beraya meraikan...

Diminta Pasang CCTV Dalam Dan Luar Premis – Polis

KUBANG PASU – Semua pemilik premis terutamanya bank, institusi kewangan, kedai emas dan kedai serbaneka 24 jam diminta memasang kamera litar tertutup (CCTV) di luar dan dalam premis bagi memudahkan polis menjalankan siasatan sekiranya berlaku sebarang jenayah.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu Supt Abd Hadi Hassan berkata, ini kerana kebanyakan pemilik premis hanya memilih untuk memasang CCTV di bahagian dalam premis, sekali gus menyukarkan polis untuk menyiasat pergerakan penjenayah dari luar.

“Sebelum ini kami sudah buat perjumpaan dengan pemilik premis berisiko mengenai kedudukan CCTV, kaedah pemasangan dan keselamatan premis.

“Malah kami juga mengenal pasti kedudukan bank atau mesin pengeluaran wang automatik (ATM) yang terletak di tempat tersembunyi dan berbahaya,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kejadian jenayah yang kerap berlaku sejak kebelakangan ini di daerah itu, membabitkan rompakan, khianat dan vandalisme.


Dalam kejadian 12.30 tengah malam tadi, skrin sebuah mesin ATM di Pekan Jitra di sini dipecahkan oleh seorang suspek lelaki yang tidak dikenali, namun tiada wang tunai dilarikan.

Berdasarkan rakaman CCTV, seorang lelaki dilihat memakai helmet masuk ke dalam bank berkenaan sebelum memukul skrin ATM dan kemudiannya beredar.

Pada November tahun lalu, kejadian sama turut berlaku apabila skrin mesin ATM dua bank berasingan di Pekan Jitra 2 dipecahkan individu tidak dikenali. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • CCTV

Kategori