Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Ketua Polis Minta Rakyat...

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menasihati masyarakat supaya bertenang dan tidak...

Proton Pinjam RM1.88 Bilion...

KUALA LUMPUR - Pengeluar kereta nasional Proton memperoleh kemudahan perbankan bernilai RM1.88 bilion...

Bersenam 3 Kali Seminggu,...

PEMILIK nama sebenar, Shariffah Mariam Syed Abdullah Al Hadad atau nama komersilnya, Sherry Alhadad tidak perlu diperkenalkan...

Makan Guna Chopstick Dapat...

MENERUSI satu kajian yang dijalankan oleh pakar pemakanan di Singapura, penggunaan chopstick ketika...

Dijanjikan Kerja Yang Baik Tetapi Diseksa

IMEJ negara tercalar gara-gara ada sesetengah majikan yang dilaporkan ‘menyeksa’ pekerja yang datang dari luar negara.

The India Times melaporkan seorang lelaki Punjab dari Amritsar, India mendakwa dirinya dilayan seperti hamba selepas datang ke Malaysia untuk bekerja.

Ishak Masih, seorang tukang jahit meninggalkan kampung halaman selepas konon dijanjikan pekerjaan yang baik bagi menampung tiga anaknya.

Lelaki berusia 30 tahun itu mendakwa dilayan seperti hamba selepas bekerja di sebuah ladang di Johor Bahru selama sembilan bulan dan bekerja lebih 16 jam sehari.

Lebih menyeksakan apabila perkerjaan yang dilakukannya itu tidak mendapat apa-apa bayaran.

Tidak tahan dengan kehidupan itu, dia menghubungi rakannya di Amritsar bagi mendapatkan pertolongan daripada NGO untuk membawanya pulang.

“Saya tinggalkan kedai jahit untuk masa depan yang lebih cerah tetapi lain jadinya apabila dipaksa bekerja di ladang,” katanya yang datang ke negara ini pada Disember 2015.


Ishak berkata, dia membayar sekitar 1.25 lakh rupee (kira-kira RM7,712) kepada ejen untuk bekerja di luar negara.

Katanya, pilihan pertamanya adalah di England namun ejen mendapatkan dia pekerjaan yang disangkanya lebih sesuai di negara ini.

Ishak kini selamat kembali ke kampungnya namun enggan berkongsi pengalaman kerana masih trauma dengan kejadian itu. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori