Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Banjir Di Rompin Tidak...

KUANTAN - Seramai 27 mangsa banjir di Rompin masih ditempatkan di Balai Raya...

Datuk Seri Noor Rashid...

KUALA LUMPUR - Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Datuk Seri Noor Rashid...

Mekanisme Permohonan Penambahan Taska...

PUTRAJAYA - Mekanisme permohonan penambahan taska di bangunan kerajaan akan diperincikan selepas Belanjawan...

“Realiti Ekonomi Malaysia Baru”

PEMUDA Pakatan Harapan, terutama daripada AMANAH, dilihat bermati-matian menegakkan benang yang basah apabila...

Didik Perantau Bahaya Denggi Di Stesen Kereta Api

TUMPAT – Jabatan Kesihatan Kelantan kini menyasarkan perantau yang pulang beraya menggunakan perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) untuk menyampaikan mesej mengenai bahaya denggi yang berlaku di seluruh negeri itu.

Pengarahnya Datuk Ahmad Razin Ahmad Mahir berkata pihaknya menyasarkan 1,500 penumpang keretapi Ekspres Sinaran Timur sebagai tumpuan program itu.

“Melalui program ini, warga kerja Jabatan Kesihatan Kelantan akan menaiki keretapi dari Wakaf Bharu ke stesen Tumpat sambil mengagihkan kit promosi yang mengandungi maklumat pencegahan denggi kepada penumpang keretapi.

“Pada tahun lepas, kempen seumpama ini diadakan dengan fokus pada pengguna jalan raya yang pulang beraya di negeri ini seminggu sebelum Aidilfitri di sempadan Kelantan-Terengganu serta Pusat Pemeriksaan Jabatan Pengangkutan Jalan,” katanya kepada pemberita selepas Program Pulanglah Perantau di Stesen KTMB Tumpat di sini, hari ini.

Beliau berkata kempen yang sama turut dijalankan di Stesen KTMB Gua Musang, Kuala Krai, Tanah Merah serta Pasir Mas.

Mengulas mengenai situasi denggi di Kelantan, Ahmad Razin berkata sejak Januari hingga Sabtu lepas, sebanyak 406 kes denggi dilaporkan di negeri itu berbanding 1,574 kes dalam tempoh yang sama tahun lalu, iaitu penurunan 74.2 peratus (1,168 kes).

Ahmad Razin berkata setakat ini hanya satu kematian dicatatkan membabitkan seorang lelaki berusia 42 tahun di Gua Musang, baru-baru ini berbanding dua orang dalam tempoh sama tahun lepas.


Bagaimanapun katanya trend denggi mingguan menunjukkan peningkatan sejak tiga minggu lalu sebagaimana trend tahun-tahun sebelumnya apabila menjelang pertengahan tahun dan trend tersebut akan terus meningkat sepanjang musim perayaan jika masyarakat tidak menjaga kebersihan kawasan sekitar dengan lebih baik.

Katanya Kota Bharu masih daerah penyumbang terbesar denggi dengan 202 kes diikuti Bachok (43), Tanah Merah (38), Tumpat (36), Pasir Puteh (34), Pasir Mas (17), Kuala Krai (14), Machang (9), Gua Musang (7) dan Jeli (6).

Daerah paling ketara menunjukkan peningkatan ialah Pasir Puteh iaitu 62 peratus manakala sembilan daerah lain menunjukkan penurunan, katanya. – BERNAMA

Kategori