Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Pengerusi PAC Selangor Wajar...

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam (PAC) Selangor wajar dipengerusikan oleh Ketua...

Pertandingan Melukis, Reka Cipta...

KOTA KINABALU - Pertandingan melukis dan mereka cipta kad ucapan sempena Hari Guru...

2 Penjual Perabot Disyaki...

SUBANG JAYA - Polis menahan dua penjual perabot dipercayai melakukan kerja sambilan sebagai...

Penyakit Anjing Gila Di...

KUALA LUMPUR - Penyakit anjing gila atau rabies yang menular di Sarawak kini...

Didenda RM2,000 Buat Laporan Polis Palsu

KUALA LUMPUR – Akibat membuat laporan polis palsu keretanya digunakan tanpa kebenaran, Mahkamah Majistret hari ini menjatuhkan hukuman penjara dua hari dan denda RM2,000 terhadap seorang pemborong alat tulis.

Majistret Ashraf Rezal Abdul Manan menjatuhkan hukuman itu terhadap Cheong Chee Lun, 29, selepas dia mengaku bersalah melakukan kesalahan itu terhadap seorang penjual aksesori kereta Loh Kein Chok, 32, di Balai Polis Kepong, Sentul di sini, pada 4.15 petang, 2 Feb lepas.

Menurut fakta kes, Cheong membuat laporan mengatakan Loh menggunakan kereta Proton Waja miliknya tanpa kebenaran dan tidak memulangkan kereta itu kepadanya.

Bagaimanapun, hasil siasatan polis mendapati Cheong sebenarnya telah memberi kebenaran kepada Loh untuk menggunakan kereta itu dan tertuduh didapati menipu dari awal hingga akhir siasatan kes berkenaan.

Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara bermula pada Isnin dan dia juga berdepan hukuman dua bulan penjara jika gagal membayar denda tersebut.


Cheong bagaimanapun membayar denda berkenaan.

Dia yang tidak diwakili peguam didakwa mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum enam bulan dan denda RM2,000 atau kedua-duanya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Noor Jazilah Mohd Yushaa. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori