Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Fouziah Gous Rimas Asyik...

Mulut orang, sememangnya kita tak boleh nak tutup untuk memuaskan hati semua orang. Rasa-rasanya...

6 Rahsia Hubungan Perkahwinan...

Memiliki hubungan cinta yang bahagia bukanlah perkara yang mudah, lebih-lebih lagi jika sudah...

Kehadiran Pemain Baharu Suntik...

KUALA LUMPUR - Pemain pertahanan tengah Johor Darul Ta’zim (JDT), Mohammad Fadhli Shas...

Cool! Papan Kekunci Tanpa...

PAPAN kekunci atau lebih dikenali dengan 'keyboard' adalah alat input yang penting untuk...

Didenda RM1,000 Gara-Gara Cuba Rempuh Polis

KUALA LUMPUR – Seorang penganggur didenda RM1,000 atau dua bulan penjara oleh Mahkamah Majistret di Kuala Lumpur hari ini atas pertuduhan sengaja bertindak cuba merempuh anggota polis, dua hari lepas.

Majistret Nurul Ain Abdul Rahim menjatuhi hukuman itu terhadap A Premananda, 25, selepas dia mengaku bersalah melakukan kesalahan tersebut di Batu 2 1/2 Jalan Sultan Azlan Shah (Jalan Ipoh), Sentul di sini pukul 2 pagi, 2 Februari lepas.

Premananda dituduh dengan sengaja bertindak cuba merempuh anggota polis, Inspektor Freddy Gompin bersama anggota polis yang lain semasa diperiksa anggota
polis itu.

Mengikut fakta kes, ketika kejadian, kereta yang dipandu tertuduh dari arah Sentul menghala ke Jalan Sultan Azlan Shah ditahan polis dan diminta melalui laluan lain kerana jalan yang dituju oleh tertuduh telah ditutup untuk satu upacara keagamaan.

Ketika ditahan, Premananda enggan menunjukkan kad pengenalan diri tetapi terus memecut dengan pintu sebelah pemandu masih dalam keadaan terbuka namun kemudiannya berjaya ditangkap di persimpangan lampu isyarat Jalan Sultan Azlan Shah selepas dikejar anggota polis.


Ketika rayuan, tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon hukuman ringan atas alasan itu kesalahan pertamanya dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatan itu.

Kes pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya N Joy Jothi. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=nM_1c7eIpwg

  • Lagi berita berkaitan:
  • denda

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori