Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Isu Zeti : Banyak...

SPRM sudah buat pendedahan. Najib juga sudah buat laporan polis. Rakyat tunggu tindakan...

Jentera BN Diminta Turun...

SUNGAI BESAR - Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingkatkan semua anggota jentera...

Jenazah Awang Askandar Dijangka...

PUTRAJAYA : Jenazah pendaki Malaysia Everest 2023 (ME 2023), Awang Askandar Ampuan Yaacub,...

Isu Rasuah KSU, KKLW...

PUTRAJAYA - Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) memberi jaminan untuk bekerjasama...

Didakwa Bunuh Pemilik Bengkel Kereta

PENGUMPUL besi buruk didakwa di Mahkamah Majistret Ayer Keroh, hari ini atas tuduhan membunuh pemilik bengkel kereta minggu lalu.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Hasan Masala, 40, selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Analia Kamaruddin.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa membunuh Koo Kar Chung, 56, di bengkel membaiki kereta di Taman Malim Jaya, antara 7 hingga 7.30 pagi, 8 Julai lalu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman gantung sampai mati.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Azri Zakaria yang melakukan pendakwaan tidak mencadangkan jaminan ke atas tertuduh dengan alasan kesalahan membabitkan hukuman gantung.


Mahkamah kemudian menetapkan 3 September ini untuk sebutan semula kes dan serahan dokumen.

Akhbar sebelum ini melaporkan, dua individu, termasuk wanita ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kes pengusaha bengkel kenderaan yang ditemui mati dipercayai dibunuh.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd Nor Yhazid Idris dilaporkan berkata, kedua-dua individu terbabit ditahan sepasukan anggota polis di Kampung Bakar Batu, Bachang, Batu Berendam, 9 Julai lalu. – MyMetro

Kategori