Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Kedah Laa Ni Antara...

ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir melahirkan kegembiraan...

Facebook Perkenal ‘Safety Check’...

KUALA LUMPUR - Facebook telah memperkenalkan inisiatif semakan keselamatan Safety Check for Penang...

Hidu ‘Bau Ketakutan’ Zaman...

SINGAPURA - Jika anda pernah membayangkan bagaimana rasanya kehidupan dalam satu-satu era sejarah...

Unik! Pasar Raya Tanam...

BAGI menarik kunjungan pelanggan, pasar raya biasanya menjanjikan produk seperti buah buahan dan sayur...

Dewan Rakyat: Undang-undang Baharu Banteras Militan

KUALA LUMPUR – Kerajaan hari ini merayu sokongan rakyat terhadap usaha membendung ideologi kumpulan militan IS dan mencadangkan undang-undang baharu bagi membanteras penglibatan rakyat Malaysia dalam aktiviti militan dan pengganasan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa membentangkan Kertas Putih ‘Ke Arah Menangani Ancaman Kumpulan Islamic State (IS)’ di Dewan Rakyat, berharap mendapat sokongan daripada semua lapisan rakyat supaya tidak terpengaruh dengan fahaman sedemikian.

“Kerajaan sedar undang-undang sahaja tidak mencukupi untuk membendung ideologi IS.

“Saya ingin menyeru semua rakyat Malaysia, terutama golongan belia dan ibu bapa, supaya menolak ideologi ekstrem yang boleh merosakkan masa depan kita semua,” katanya.

Najib berkata kerajaan bercadang membentangkan undang-undang baharu itu pada sesi Dewan Rakyat akan datang.


Dengan adanya undang-undang baharu itu, tindakan lebih berkesan boleh diambil dalam mengekang ancaman dan penularan aktiviti pengganasan seperti kumpulan militan IS di negara ini, katanya.

“Ini sejajar dengan tindakan negara lain yang telah memperkenalkan dan memperkemaskan undang-undang antipengganasan sebagai jalan utama menangani ancaman pengganasan,” kata perdana menteri.

Najib berkata Kertas Putih itu juga mencadangkan pemerkasaan undang-undang sedia ada seperti Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA), Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA) dan Kanun Keseksaan bagi menangani ancaman pengganasan dan militan.

Beliau berkata keamanan dan keharmonian yang Malaysia kecapi selama ini tidak ternilai dan harus terus dipelihara. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori