Thursday, April 18, 2024

Creating liberating content

Dera Anak, Bapa Anak...

KUALA LUMPUR - Seorang bapa lima anak dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini...

KKM Minta Penjualan Produk...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan produk Iceberg Lettuce (sejenis salad)...

Jordan Campur Tangan Di...

AMMAN/BEIRUT: Jordan campur tangan bagi menghalang keganasan lanjut yang menjurus satu lagi gelombang...

42 Super Dilatih Bina...

PASIR PUTEH - Jabatan Perikanan Kelantan akan melatih 42 Sukarelawan Perikanan (SUPER) Tok...

Dewan Rakyat Lulus RUU Kanak-Kanak Dan Orang Muda

KUALA LUMPUR – Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-undang Kanak-Kanak dan Orang Muda (Pekerjaan) (Pindaan) 2018 yang bertujuan meningkatkan perlindungan terhadap golongan berkenaan berhubung dengan pekerjaan.

Menteri Sumber Manusia M. Kulasegaran berkata pindaan kepada Akta Kanak-Kanak dan Orang Muda (Pekerjaan) 1966 itu bagi memastikan undang-undang buruh di negara ini selari dengan piawaian antarabangsa khususnya konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO).

Beliau berkata sejak Malaysia meratifikasi Minimum Age Convention 1973 dan Worst Form of Child Labour Convention 1999, ILO telah membuat teguran kepada Malaysia kerana peruntukan dan pelaksanaan Akta Kanak-Kanak dan Orang Muda tidak selari dengan prinsip konvensyen berkenaan.

“Justeru, pindaan akta ini adalah sebahagian langkah pembaharuan yang holistik kepada lanskap undang-undang buruh negara,” katanya ketika membentangkan pindaan RUU itu bagi bacaan kali kedua di Dewan Rakyat, hari ini.

Dalam pada itu, semasa sesi penggulungan, Kulasegaran berkata kanak-kanak tidak dibenarkan bekerja dari 8 malam hingga 7 pagi.


Katanya bagi kanak-kanak yang terlibat di dalam iklan atau kegiatan seni pula, majikan perlu mendapatkan lesen untuk tujuan itu.

Beliau menjawab soalan Natrah Ismail (PH-Sekijang) berhubung terdapat kanak-kanak yang dilihat bekerja di kawasan rehat dan rawat (R&R) pada waktu malam,

Persidangan dewan bersambung esok. – BERNAMA

Kategori