Thursday, April 25, 2024

Creating liberating content

Bunuh Rakan Serumah, Empat...

JOHOR BAHRU - Empat sekawan ditahan polis berikutan penemuan mayat seorang lelaki dipercayai...

Raja Muda Perlis Terima...

ARAU - Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan menerima kunjungan...

Husam Umum Tidak Bertanding...

KUALA LUMPUR - Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa mengesahkan beliau hanya akan...

Isteri PM India Rimas...

New Delhi - Isteri Perdana Menteri India Narendra Modi yang tidak tinggal serumah...

Dewan Rakyat Lulus Rang Undang-Undang Kebajikan Haiwan

KUALA LUMPUR – Malaysia hari ini mencatat sejarah tersendiri apabila Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang Kebajikan Haiwan 2015 yang mempromosikan kebajikan dan pemilikan bertanggungjawab haiwan.

Dengan pelaksanaan akta itu kelak, Malaysia bakal menyertai beberapa buah negara anggota Pertubuhan Kesihatan Haiwan Sedunia (OIE) yang telah mempunyai undang-undang khusus berkaitan kebajikan haiwan seperti India, New Zealand, Australia dan United Kingdom.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika menggulung perbahasan rang undang-undang itu berkata rang undang-undang berkenaan akan meningkatkan kesedaran orang awam tentang kepentingan menjaga kebajikan haiwan.

Beliau berkata ia diharap dapat membuatkan orang ramai bersedia tampil membuat aduan dengan bukti-bukti yang lengkap atau menjadi saksi dalam membantu proses pertuduhan di mahkamah.

“Pendakwaan hanya boleh dibuat bagi kes yang mempunyai bahan bukti yang mencukupi dan melampaui keraguan munasabah untuk mempertuduhkan pesalah di mahkamah,” katanya.

Menjawab kegusaran N. Surendran (PKR-Padang Serai) yang membangkitkan kemampuan tenaga kerja untuk menguatkuasakan rang undang-undang itu, Ismail Sabri berkata setakat ini, seramai 160 pegawai penguat kuasa dan 2,500 pegawai teknikal Jabatan Perkhidmatan Veterinar di Semenanjung dan Labuan akan dilantik sebagai Pegawai Kebajikan Haiwan.

Katanya latihan kepakaran berkenaan kebajikan haiwan akan diberikan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar kepada semua pegawai Kebajikan Haiwan yang akan dilantik.


Dalam pada itu, Ismail Sabri turut menjelaskan tindakan mengasi haiwan tidak akan menjadi satu kesalahan di bawah rang undang-undang itu.

“Pengasian haiwan juga adalah di antara aktiviti yang digalakkan untuk mengawal populasi haiwan, (tetapi) prosedur mengasi haiwan perlu dilakukan oleh doktor veterinar,” katanya.

Rang Undang-Undang Kebajikan Haiwan 2015 yang dibentangkan untuk bacaan kali pertama pada 9 April lepas membolehkan penubuhan Lembaga Kebajikan Haiwan yang antara fungsinya termasuk memantau kerja-kerja persatuan atau badan yang ditubuhkan bagi maksud mencegah trauma, kesakitan atau penderitaan kepada haiwan.

Rang undang-undang itu turut mencadangkan denda minimum RM20,000 dan maksimum RM100,000 dan penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali untuk kesalahan kali pertama bagi kesalahan-kesalahan di bawah akta itu termasuk menganiaya haiwan, membunuh dengan menembak tanpa sebab munasabah, pemberian racun dan usaha niaga pelagaan haiwan. – BERNAMA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori