Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Azmin Enggan Ulas Tidak...

SHAH ALAM – Timbalan PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali enggan mengulas dakwaan...

Undi 18 Akan Dilaksana,...

KUALA LUMPUR - Kerajaan membuat keputusan melaksanakan Undi 18 dan pendaftaran pemilih secara...

Wanita Parah Terlibat Pergaduhan...

BANGKOK - Seorang warga Poland cedera parah selepas terlibat dalam pergaduhan dengan ‘mak nyah’...

APMM Tahan 6 Pati...

SANDAKAN - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Sandakan (DM17) menahan enam pendatang...

Dewan Rakyat Lulus Pemansuhan GST

KUALA LUMPUR – Persidangan Dewan Rakyat hari ini meluluskan pemansuhan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang diperkenalkan tiga tahun lepas.

Rang Undang-undang (RUU) Cukai Barang dan Perkhidmatan (Pemansuhan) 2018 itu diluluskan menerusi undian suara selepas dibacakan buat kali ketiga oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng di peringkat jawatankuasa.

Lim ketika membacakan RUU kali ketiga secara berseloroh berkata: “Akhirnya GST sudah mati.”

Terdahulu, ketika menggulung perbahasan RUU berkenaan, Lim berkata Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang bakal diperkenalkan semula pada September ini adalah lebih mudah dan membantu mengurangkan kos sara hidup rakyat berbanding GST yang dikenakan pada pelbagai peringkat.

“Secara perbandingan, 470,000 peniaga menghasilkan kutipan GST sebanyak RM44 bilion tetapi di bawah SST hanya 70,000 peniaga diperlukan untuk mendapatkan hasil sebanyak RM21 bilion.

“Ini amat jelas pentadbiran cukai dan kos pematuhan cukai akan jadi lebih mudah dan efisien kepada peniaga yang secara langsung memberi kesejahteraan kepada rakyat,” katanya.


GST sebanyak enam peratus di Malaysia diperkenalkan pada 1 April 2015 untuk menggantikan SST.

Persidangan bersambung esok. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • GST

Kategori