Video: Detik Mencemaskan Kanak-Kanak Diseret Bas Sekolah

SEORANG kanak-kanak perempuan berusia lima tahun dari Michigan, Amerika Syarikat melalui pengalaman menakutkan apabila diseret lebih 30 meter oleh bas sekolah yang dinaikinya.

Kejadian berlaku ketika kanak-kanak malang itu sedang menuruni tangga bas namun begnya tersepit pada pintu bas terbabit.

Pemandu bas yang tidak menyedari hal tersebut tetap meneruskan perjalanan sebelum sebuah kereta yang menyedari insiden itu memecut untuk menghentikan bas daripada terus bergerak.

Kanak-kanak itu segera dikejarkan ke hospital berdekatan bagi mendapatkan rawatan namun disahkan hanya mengalami kecederaan ringan akibat insiden terbabit.

Pihak berkuasa masih menyiasat punca kejadian melalui rakaman video yang sempat dirakam penduduk di kejiranan tersebut. – MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=U6b2rAQ-L3Y

Oleh:  JULIANA JOHAR

Loading...