Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Curi Mainan, Jurujual Didenda,...

KUALA LUMPUR - Seorang jurujual dihukum penjara dua hari dan denda RM1,500 oleh...

Si Kitol Punca Perwakilan,...

KUALA LUMPUR - Seramai 22 ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR diketuai Timbalan Presidennya,...

Peniaga Didenda RM5,500 Pamer...

PETALING JAYA - Seorang peniaga didenda RM5,500 oleh Mahkamah Majistret di sini hari...

Jerebu Sebabkan Kualiti Udara...

SINGAPURA - Keadaan berjerebu terus melanda Singapura hari ini dengan jerebu dari Kalimantan...

Destinasi Baharu & Pelancaran E-Dagang Tarik Pelancong China

BEIJING – Dalam usaha menarik lebih ramai pelancong China, Malaysia memperkenalkan beberapa destinasi baharu dan laluan antara China dan Malaysia, dan satu platform e-dagang.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Malaysia Airlines akan mengadakan penerbangan di lapan destinasi baharu dan 11 laluan penerbangan baharu mulai Januari 2017.

“Ini diterjemahkan menjadi 35 kekerapan tambahan (penerbangan) antara Malaysia dan China mulai Januari 2017,” katanya semasa melancarkan Pavilion Pelancongan Alitrip Malaysia yang dibangunkan dengan kerjasama China’s Alibaba.com di sini Jumaat.

Turut hadir pengasas dan pengerusi eksekutif kumpulan Alibaba Jack Ma, yang juga jutawan internet China.

Najib berkata antara laluan penghubung baharu itu adalah Nanjing, Haikou, Wuhan dan Fuzhou, dijangka berada di dalam laluan MAS dalam tempoh suku pertama tahun depan.

Najib berkata beliau dimaklumkan bahawa Malaysia Airlines akan menambah baik perkhidmatan Kuala Lumpur-Hong Kong dengan menggunakan pesawat berbadan lebar Airbus A330 mulai Januari 2017, selain memperkenalkan perkhidmatan Kuala Lumpur–Haikou.

“Turut ditawarkan penerbangan harian kedua ke Lapangan Terbang Pudong di Shanghai di samping penerbangan sambungan baharu ke Nanjing, Wuhan dan Fuzhou, yang akan menyusul pada separuh pertama 2017,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata perkhidmatan baharu ke Chengdu dan Chongqing dari Kuala Lumpur akan turut diperkenalkan, tertakluk kepada ketersediaan slot.


“Sebagai tambahan, Malaysia Airlines akan mula menambah secara berperingkat perkhidmatan dari bandar raya seperti Pulau Pinang dan Kota Kinabalu ke bandar raya di seluruh China seperti Shanghai serta Shenzhen.

“Kesemua laluan baharu ini mudah-mudahan akan menarik lebih banyak lagi pengunjung dari China untuk memilih Malaysia sebagai destinasi kegemaran mereka, pilihan yang lebih mudah menerusi Pavilion Malaysia di Alitrip.com,” katanya.

Menyentuh tentang platform e-dagang, Najib berkata beliau berharap jualan ‘Singles’ Day’ pada 11 Nov ini akan memberi faedah kepada Pavilion Malaysia di Alitrip.

“Tahun lepas, pada tarikh sama, Alibaba mencatat rekod memberangsangkan dengan jualan US$143 bilion yang dibuat dalam sehari.

“Saya yakin dengan kehadiran Alibaba yang semakin berkembang dalam pasaran dalam talian sekarang, anda sekali lagi akan mencatatkan pencapaian memberangsangkan ini. Saya gembira Pavilion Malaysia di Alitrip akan menjadi sebahagian daripada kemeriahan jualan ‘Singles’ Day’ tahun ini,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori