Derma Darah Bantu Negeri Dilanda Banjir

KUALA LUMPUR – Pusat Darah Negara (PDN) hari ini menggesa orang ramai supaya lebih kerap menderma darah bagi memastikan bekalan mencukupi dapat disediakan terutama bagi negeri yang dilanda banjir.

Pengarah PDN, Dr Noryati Abu Amin berkata bekalan darah perlu ditingkatkan bagi membekalkan darah ke semua hospital yang terjejas akibat banjir.

“Orang ramai digalakkan berkunjung ke PDN atau mana-mana Unit Bergerak Kempen Menderma Darah untuk menderma darah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, PDN akan dibuka pada cuti umum Hari Krismas esok dan pada 1 Jan depan. – BERNAMA