Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Raptai Penuh Istiadat Pembukaan...

KUALA LUMPUR - Raptai penuh Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Parlimen ke-13...

TMJ Harap Lebih Banyak...

PETALING JAYA : Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengharapkan...

Ibu Muda Disyaki Dera...

SEPANG : Seorang ibu muda direman seminggu selepas disyaki mendera hingga menyebabkan kematian...

UMNO Dikecualikan: ‘Ahli Tak...

Keputusan memberi pengecualian kepada Umno mengikut Seksyen 70 Akta Pertubuhan 1966 (Akta 832)...

Dera Anak, Bapa Anak Lima Didakwa

KUALA LUMPUR – Seorang bapa lima anak dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan iaitu mendera, meninggalkan anaknya tanpa pengawasan dan tidak mendaftar kelahiran anaknya, dua bulan lepas.

Penganggur berusia 32 tahun itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan hakim Rohatul Akmar Abdullah.

Bagi pertuduhan pertama, lelaki itu didakwa dengan sengaja mendera anaknya berumur tujuh tahun lima bulan, yang tidak mempunyai surat beranak dan kad pengenalan, sehingga menyebabkan kecederaan melecur tahap kedua pada anggota badan kanak-kanak itu di sebuah rumah di Jalan Datuk Keramat, di sini pada 8 malam, 1 Okt lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa dengan sengaja meninggalkan anaknya yang sedang mengalami kecederaan tanpa pengawasan dan pemeliharaan di tempat sama, pada 11 pagi, 8 Okt lepas, mengikut Seksyen 33 (1) (a) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun, jika sabit kesalahan.

Tertuduh juga didakwa dengan sengaja tidak mendaftarkan kelahiran anaknya itu antara bulan Mei dan Jun 2009 di tempat sama mengikut Seksyen 35 Akta Kematian dan Kelahiran 1957 yang membawa hukuman denda maksimum RM250, jika sabit kesalahan.


Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nurakmal Farhan Aziz tidak menawarkan sebarang jaminan atas alasan mangsa merupakan anak tertuduh sendiri yang menetap bersamanya.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam dalam rayuannya memohon jaminan rendah atas alasan anak-anaknya masih kecil dan tiada orang yang menjaga mereka kerana isterinya bekerja.

Mahkamah tidak membenarkan sebarang jaminan dan menetapkan 19 Jan depan untuk sebutan semula kes. – BERNAMA

Kategori