Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Luahan Mangsa Cabul Seorang...

KISAH ini dipetik daripada laman mikro Twitter @takaharasuito yang dikongsi oleh salah seorang...

Trump Tak Puas Hati...

LOS ANGELES - Mahkamah di Amerika Syarikat (AS) sebulat suara enggan mengembalikan semula...

Tempoh Lesen Membalak Boleh...

KUCHING - Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem hari ini mengumumkan tempoh...

Perarakan Dan Perlumbaan Bot...

KOTA BHARU – Sambutan Bulan Kebangsaan di Kelantan meriah dengan perarakan 61 bot...

Denggi: Pemilik Kilang Berdepan Denda, Penjara

IPOH – Dua pemilik kilang di sini bakal berdepan hukuman denda sehingga RM50,000 atau lima tahun penjara jika gagal memastikan kawasan premis bebas daripada pembiakan nyamuk atau jentik-jentik.

Exco Kesihatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam, Integrasi Nasional dan Kampung Baharu negeri Datuk Dr Mah Hang Soon berkata kilang pasu dan bebola ikan itu diberi tempoh tujuh hari untuk melakukan pembersihan dan sekiranya gagal mereka akan dihadapkan ke mahkamah.

“Kedua-dua pemilik premis telah diberi notis di bawah Seksyen 8 yang mana dalam masa tujuh hari jika kawasan tersebut tidak dibersihkan dan masih mempunyai tempat pembiakan jentik-jentik, mereka akan dihadapkan ke mahkamah,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan pemeriksaan mengejut di kawasan perindustrian Viava, Jalan Kuala Kangsar di sini, hari ini.

Menurut Dr Mah, pemeriksaan itu dilakukan sebagai satu daripada cara Jabatan Kesihatan Negeri mencegah dan memerangi wabak denggi yang semakin meningkat di negeri ini.


Beliau menggesa semua pihak termasuk orang ramai dapat bekerjasama memerangi wabak ini dengan memastikan kawasan persekitaran sentiasa berada dalam keadaan bersih.

Sehingga 3 Jun lalu, jumlah kumulatif kes denggi yang dilaporkan di Perak adalah 3,598 dan ia menunjukkan peningkatan sebanyak 85 peratus iaitu 1,653 berbanding tempoh sama tahun lalu.

Dalam tempoh yang sama juga, tujuh kes kematian akibat denggi dilaporkan berbanding lima kes bagi tempoh sama tahun lalu. – BERNAMA

Kategori