Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Bukan Saja Rakyat Nak...

KLUANG - Puteri Umno hari ini meminta seluruh anggota parti itu dan rakyat...

BN Akan Teliti Keputusan...

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) akan meneliti keputusan Gerakan yang bertindak keluar...

Seluruh Negara Mulai Hujan...

PETALING JAYA : Seluruh negara kini berada dalam fasa peralihan monsun baharu iaitu...

52.5 Peratus Penduduk Dewasa...

KANGAR - Sebanyak 52.5 peratus daripada penduduk dewasa di negeri ini mengalami masalah...

Denda Sehingga RM255 Ribu Jika Mencarut Di UAE

MENJELANG Ramadhan ini, Emirah Arab Bersatu (UAE) telah melaksanakan satu undang-undang baru di mana rakyat mereka akan dikenakan denda sekiranya mencarut di dalam aplikasi permesejan Whatsapp.

Denda sehingga Dh250,000 (RM255,000) bakal dikenakan jika seorang individu didapati bersalah dan sekiranya bukan merupakan warganegara UAE, individu tersebut akan diusir keluar dari negara timur tengah itu.

Undang-undang baru ini digubal selepas berlakunya kes seorang warga UAE dikenakan hukuman denda Dh3000 kerana mencarut menggunakan aplikasi pemesejan WhatsApp.

Pihak pendakwaraya merayu kepada hakim bahawa hukuman denda yang dikenakan tidak cukup tinggi bagi mengelakkan kejadian mencarut di atas talian seperti ini dilakukan di masa hadapan.

Hukuman mencecah suku juta Rigggit ini diharap dapat membuatkan penduduk UAE untuk befikir dua kali sebelum menggunakan kata-kata kesat di atas talian.

Pada pendapat anda, adakah hukuman denda yang dikenakan ini munasabah?


Sekiranya kerajaan di Malaysia mengambil langkah yang sama adakah ianya wajar disokong?

-MYNEWSHUB.CC

Sumber: Dailymail

Oleh: hzq

https://www.youtube.com/watch?v=XYM8m0B5IhU

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori