Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Dugaan Bisnes, Lori Bawa...

UNTUNG atau rugi, itu semua bagaikan adat dalam apa jua jenis perniagaan. Mungkin...

Jumlah Mangsa Banjir Di...

KOTA BHARU - Jumlah mangsa banjir di Kelantan berkurangan kepada 13,449 orang daripada...

Sasaran Rapatkan Jurang Digital...

KUALA LUMPUR - Sasaran utama Rangka Tindakan (Blueprint) Ekonomi Digital Malaysia bertujuan merapatkan...

Madame Tussauds Pisahkan Patung...

TIDAK sampai 24 jam berita penceraian pasangan terkenal Brad Pitt dan Angelina Jolie...

Deepavali Disambut Pada 10 Nov – Hindu Sangam

KUALA LUMPUR – Perayaan Deepavali tahun ini akan disambut pada 10 Nov, demikian menurut Persatuan Hindu Sangam Malaysia hari ini.

Presidennya, Datuk R. S. Mohan Shan, berkata Kuil Sri Maha Mariamman Dhevasthanam turut memutuskan perayaan itu jatuh pada tarikh berkenaan.

“Penganut Hindu harus menyambut Deepavali pada Saturthasi Tithi iaitu hari ke-14 bulan Iypasi berdasarkan kiraan kalendar Hindu ‘panjangam’,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau mengesahkan tarikh itu ketika diminta mengulas kekeliruan di kalangan masyarakat India di negara ini yang keliru mengenai tarikh sambutan Deepavali.

Mohan berkata ia tidak seharusnya berlaku kekeliruan kerana kebanyakan kalendar mencetak tarikh yang betul, kecuali satu atau dua kalendar yang tersalah cetak meletakkan tarikh 11 Nov.


Deepavali dalam bahasa Sanskrit bermaksud ‘Pesta Lampu’ di mana penganut Hindu menerangi rumah mereka dengan bekas lampu tanah liat yang dipanggil ‘diyas’ atau lampu dalam bentuk lain.

Penganut Hindu menganggap Deepavali atau dikenali Diwali di utara India, sebagai antara perayaan paling penting untuk mereka. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori