Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Tiada Kematian Melibatkan Kes...

KUALA LUMPUR - Tiada kes kematian berlaku akibat perbuatan buli di dalam kawasan sekolah bagi tempoh 2012 hingga sekarang, kata Timbalan...

Hargai Guru Al-Quran, Juru...

BALING - Kerajaan Kedah akan terus menghargai jasa guru Al-Quran sukarela dan juru...

Mahathir Belum Tentu Tanding...

SHAH ALAM - Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang dipertikai jawatannya, Tun...

Afdlin Bergabung Dengan AC...

DARIPADA zaman pelawak diketepikan, tak dilayan, sampailah kini para pelawak semakin mendapat nama...

DBKL Tegas Uruskan Sepenuhnya Bazar Ramadan

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tegas dengan keputusan untuk menguruskan sendiri sepenuhnya Bazar Ramadan 2019 walaupun dibantah oleh peniaga.

Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad berkata, beliau percaya dasar baharu itu akan memberi peluang sama rata kepada semua peniaga selain menghapuskan monopoli dan budaya ‘ali baba’ dalam sektor itu.

“Banyak peniaga membantah kerana dasar baharu ini akan meruntuhkan rangkaian kerja sedia ada di antara mereka dan penganjur sebelum ini. Mereka biasanya mengawal bilangan lot dan yang paling membimbangkan ialah kami dapat tahu berlaku banyak kes kenaikan harga,” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan pemeteraian Perjanjian Hartanah Bersama TRX di sini hari ini.

Ditanya mengenai kadar kenaikan sewa lot, Khalid berkata: “Kami diberitahu, saya tidak boleh buktikan dan saya rasa tiada siapapun boleh buktikan. Dalam sesetengah kes, mereka sewakan pada kadar RM30,000 satu lot. Itu bukan kadar yang dikenakan DBKL iaitu sekitar RM500.”

“Ini bukan melibatkan satu pihak sahaja tetapi beberapa pihak iaitu A akan sewakan kepada B, B sewakan kepada C,” jelasnya. – BERNAMA

Kategori