Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Tengku Abdullah Ucap Tahniah...

KUANTAN - Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah...

19 Penyandang Terus Kekal,...

KUALA TERENGGANU – Barisan Nasional (BN) Terengganu menampilkan 19 penyandang dan beberapa muka...

PAN Pertahan Restoran Mamak...

KUALA LUMPUR - Parti Amanah Negara (PAN) membantah tindakan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk...

Arab Saudi Diminta Bantu...

KUALA LUMPUR - Arab Saudi hari ini diminta supaya turut memberi kerjasama dalam...

DBKL Tak Kompromi Projek Beroperasi Selepas 10 Malam

KUALA LUMPUR – Orang ramai dinasihatkan agar melaporkan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sekiranya kerja-kerja di tapak binaan yang terletak berhampiran kawasan kediaman penduduk masih beroperasi selepas pukul 10 malam.

Timbalan Pengarah Kanan Jabatan Penguatkuasaan DBKL, Osman Ismail berkata pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana pemaju yang mengganggu ketenteraman awam semata-mata inginkan projek tersebut siap awal.

“Pemaju dia orang nak capai sasaran, lebih awal siap lebih bagus, sebab kalau lambat siap kena penalti, jadi mereka kerah pekerja untuk bekerja lebih masa.

Bunyi kerja-kerja mereka memang akan menganggu orang awam, lebih-lebih lagi di kawasan perumahan dan ia sekali gus menganggu ketenteraman penduduk,” katanya kepada Bernama selepas melaksanakan Opererasi Bersepadu ke atas sebuah tapak binaan di Jalan Kuchai Lama, di sini hari ini.

Beliau berkata pemaju akan diberi amaran hanya sekali sahaja dan sekiranya pihak pemaju terus melakukan kesalahan itu, pihak DBKL akan mengenakan kompaun sebanyak RM50,000 untuk setiap kali kesalahan dilakukan.

Osman berkata tahun lepas pihaknya telah mengeluarkan lebih 80 notis kompaun dengan jumlah denda lebih RM4 juta kepada pemaju-pemaju yang beroperasi di tapak binaan lebih dari pukul 10 malam.


Bagaimanapun, setakat 20 Mac tahun ini, hanya 16 kompaun telah dikeluarkan, kata beliau.

“Kita ada pegawai-pegawai kita meninjau hampir setiap malam ke atas projek-projek yang diadukan termasuk projek mega di sekitar Kuala Lumpur,” katanya.

Orang ramai boleh menghubungi bilik radio penguatkuasa DBKL 03-40244424 yang beroperasi 24 jam setiap hari. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • DBKL

Kategori