Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Pengganas: 7 Warga Indonesia...

KUALA LUMPUR - Polis telah menahan tujuh warga Indonesia termasuk empat wanita di sekitar...

Terima Ijazah Kehormat Doktor...

SINGAPURA - Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini membuat kepulangan penuh...

Tidak Kenal Anjing Yang...

CHINA – Bodoh atau buta. Seorang lelaki terpaksa mengambil masa selama dua tahun...

Langgar Lari: Penunggang Maut...

LAHAD DATU - Seorang penunggang motosikal maut dalam kejadian langgar lari di Km2,...

DBKL Perlu Pertingkat Operasi Urus Lesen Iklan, Papan Tanda

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) diminta menambah baik pengurusan lesen iklan dan papan tanda di ibu negara termasuk memastikan kontrak penswastaan dibuat secara terbuka supaya lebih telus kepada kerajaan.

Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Datuk Seri Hasan Arifin berkata sistem maklumat bagi Pengurusan Lesen Iklan/Papan Tanda Di Kuala Lumpur juga wajar diperkemaskan dan dipertingkat bagi mengatasi kelemahan berbangkit.

“Adalah lebih wajar sekiranya Unit Audit Dalam (DBKL) melapor kepada peringkat yang lebih tinggi seperti Lembaga Penasihat DBKL berbanding struktur sedia ada iaitu kepada Datuk Bandar. Ini bagi mengelakkan isu tadbir urus dan percanggahan kepentingan berlaku di DBKL.

“DBKL perlu memastikan agar ketidakpatuhan peraturan yang dibangkitkan berhubung Pengurusan Lesen Iklan/Papan Tanda Di Kuala Lumpur tidak berulang di masa hadapan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

PAC hari ini membentangkan laporannya berhubung Pengurusan Lesen Iklan/Papan Tanda di Kuala Lumpur di Parlimen yang dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2013 Siri 2.

Hasan berkata PAC turut mengesyorkan agar sistem tender bagi papan iklan atau papan tanda di Kuala Lumpur diperkemaskan selain memastikan penguatkuasaan bagi iklan haram atau papan tanda haram untuk pulangan hasil yang lebih kepada dewan bandaraya itu.


Beliau berkata, prosiding terhadap isu itu, dibincangkan pada 29 Okt 2014 dan dihadiri Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan Datuk Seri Adnan Md Ikhsan dan bekas Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Ahmad Phesal Talib.

Katanya, prosiding berkenaan membincangkan beberapa isu termasuk bayaran tidak dijelaskan atau tertunggak, proses permohonan lesen kurang mesra pengguna dan terdapat permohonan yang diluluskan walaupun tidak mematuhi syarat yang ditetapkan.

Selain itu, Anggota Parlimen Rompin itu berkata prosiding turut menyentuh mengenai sistem maklumat untuk menyimpan data mengenai lesen dan papan iklan yang didapati tidak tepat dan mempunyai ralat serta kelemahan dalam proses pembaharuan dan pengurusan tunggakan fi yang menjejaskan terima atau hasil DBKL. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori