Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

Cerita Zeti Kena Serangan...

GABENOR Bank Negara (BNM) Tan Sri Zeti Akhtar Aziz dilaporkan berada dalam keadaan sihat...

Terbuka Malaysia: Beregu Lelaki...

KUCHING - Beregu utama lelaki negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong tersingkir di...

Sidang Dewan Rakyat Ke-13...

KUALA LUMPUR - Sidang Dewan Rakyat ke-13 ditangguhkan pada tengah hari ini, menamatkan...

VIDEO: Bodoh Terlampau, Budak...

PERBUATAN wanita dalam video ini boleh dikatakan kejam, tak bertanggung jawab, dangkal, bodoh, jahat...

DBKL Lanjutkan Diskaun Kompaun Trafik Hingga Jun

KUALA LUMPUR – Sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan pada 1 Feb ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan melanjutkan diskaun kompaun terhadap pesalah lalu lintas di ibu negara hingga Jun depan.

Datuk Bandar Kuala Lumpur Tan Sri Mhd Amin Nordin Abdul Aziz berkata sebelum ini diskaun tersebut hanya ditawarkan mulai 15 Dis hingga 28 Feb ini.

“Diskaun diberikan RM20 untuk pengguna motosikal, RM30 pula bagi kesalahan membabitkan kereta dan RM50 untuk bas serta lain-lain kenderaan bagi setiap notis yang dikeluarkan.

“Saya juga akan berbincang dengan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor untuk mempertimbangkan melanjutkan tawaran kadar khas ini hingga akhir tahun,” katanya pada sidang media sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2018 di sini, hari ini.

Beliau turut memberi jaminan bahawa tiada kenaikan caj yang akan dikenakan dalam perkhidmatan menerusi DBKL hingga akhir tahun ini.


Katanya DBKL menyediakan pelbagai program sempena sambutan itu antaranya Kenduri 1Wilayah Persekutuan, Karnival Hari Wilayah Persekutuan dan Tanggungjawab Sosial Masyarakat Baiti Jannati. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • DBKL

Kategori