Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Dok Pengecasan Anti Masalah...

JUMLAH peranti pintar yang dimiliki bagi setiap individu adalah jauh berbeza berbanding dahulu.Di...

Anak Tertekan Hingga Tak...

RAJA Bollywood, Shah Rukh Khan mengakui anaknya Aryan yang berusia 19 tahun berasa...

Minta Masyarakat ESSZONE Beri...

KINABATANGAN - Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin meminta masyarakat di Zon...

Keselamatan Pelajar Di Sekolah...

JASIN - Kementerian Pendidikan tidak akan bertolak ansur terhadap langkah menjaga keselamatan pelajar...

DBKL Cadang Haram Polistirena Di Bukit Bintang

KUALA LUMPUR – Dalam usaha mewujudkan bandar raya hijau, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bercadang mengharamkan penggunaan bekas makanan diperbuat daripada polistirena di kawasan Bukit Bintang yang menjadi tumpuan orang ramai.

Pengarah Eksekutif Perancangan DBKL, Datuk Mohd Najib Mohd berkata pelaksanaannya dijangka dikuatkuasakan sebelum akhir tahun ini.

“Kita sedia maklum, bekas polistirena adalah bahan yang sukar dilupuskan dan memberi kesan buruk kepada alam sekitar selain menyukarkan lagi pengurusan sampah dan sisa pepejal,” katanya.

Beliau berkata inisiatif itu juga adalah kesinambungan kepada pengharaman penggunaan bekas makanan polistirena yang dilaksanakan di kawasan Dataran Merdeka pada Julai tahun lepas.


“Pada masa ini, DBKL dengan kerjasama agensi-agensi lain berusaha menganjurkan pelbagai program seperti Kurangkan, Guna Semula dan Kitar Semula (3R) untuk memberi kesedaran dan pendidikan kepada warga kota,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Program Jom Bersih Bukit Bintang Siri 10 Sabtu.

Kira-kira 800 peserta daripada pelbagai agensi kerajaan dan swasta menyertai program gotong-royong membersihkan kawasan Bukit Bintang. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori