Thursday, April 18, 2024

Creating liberating content

Tun M Ucap Selamat...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengucapkan selamat menunaikan ibadah...

KL GP Berjaya Tarik...

KUALA LUMPUR - Kehadiran kira-kira 250,000 pengunjung membuktikan penganjuran perlumbaan Kuala Lumpur City...

Perhilitan Kelantan Buru Gajah...

PASIR PUTEH - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan menghantar...

Penduduk Berang Wujudkan Akaun...

ALOR SETAR - Akibat bosan dengan masalah gangguan bekalan air yang tidak berkesudahan,...

Datuk Seri Lemas, Sampan Terbalik

KUANTAN – Seorang ahli perniagaan bergelar Datuk Seri ditemukan lemas, manakala anak saudaranya terselamat selepas sampan dinaiki terbalik di pantai Sungai Ular di sini, malam ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gebeng (JBPM) Syed A. Jamaluddin Syed Mohamed berkata mangsa dikenali sebagai Datuk Seri Seikh Muhamad Seikh Sadarudin, 60, beralamat di Bandar Bukit Tinggi, Klang Selangor.

Manakala mangsa yang terselamat ialah Mohamad Huzaifah Ahmad, 38.

“Mangsa sebelum itu dilaporkan menaiki sampan untuk ke tengah laut sambil ditolak dari pantai oleh anak saudaranya untuk meninjau pekerja mereka yang berada di atas tongkang di tengah laut.

Bagaimanapun ketika anak saudaranya hendak menaki bot berkenaan setelah menolak sampan hampir tiga kilometer dari pesisir pantai, ombak besar tiba-tiba memukul bot berkenaan menyebabkan mangsa terjatuh ke dalam laut pada kedalaman lima meter, “ kata beliau.

“Mangsa cuba diselamatkan anak saudaranya, namun gagal disebabkan keadaan ombak besar pada ketinggian tiga meter,” katanya ketika ditemui ditempat kejadian di sini malam ini.

Menurutnya selepas 15 minit sampan itu karam, mayat mangsa ditemui terapung oleh anak saudaranya tidak jauh dari tempat kejadian.


Anak saudaranya kemudian membawa mayat mangsa ke gigi air sebelum menghubungi bomba untuk bantuan kecemasan

“Bomba menerima laporan pada pukul 9.53 malam, tiba di lokasi 10.02 malam dengan kekuatan 12 anggota cuba memberikan bantuan pertolongan cemas kepada mangsa, namun didapati telah meninggal dunia,” katanya.

Mayat akan dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk dibedah siasat. – BERNAMA

Kategori