Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Syarikat US Terus Yakin...

KUALA LUMPUR - Mesyuarat ke-47 Menteri-menteri Ekonomi Asean (AEM) yang baru berakhir, melakar...

Malindo Lakukan Penerbangan Sulung...

KOTA KINABALU - Penerbangan sulung Malindo Air menggunakan pesawat Boeing 737NG dari Singapura...

Perpustakaan Di AS Ini...

WOW! Selain buku, kini tali leher pun dah boleh dipinjam di perpustakaan.Sebuah perpustakaan...

Warga Malaysia Dalang Pembunuhan...

BANGKOK – "Saya tidak terlibat." Itu reaksi segera lelaki yang didakwa dalang kes pembunuhan...

‘Datuk Kabi’ Didakwa Lagi Berhubung Kes Tipu

PETALING JAYA – Seorang ahli perniagaan yang menggelar dirinya ‘Datuk Kabi’ sekali lagi didakwa di Mahkamah Majistret atas pertuduhan menipu seorang usahawan perindustrian berhubung penyelesaian saman Tenaga Nasional Berhad (TNB) melibatkan jumlah RM150,000.

C. Kamaleshwaran, 38, mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Majistret Salamiah Salleh, di sini.

Tertuduh yang sebelum ini telah beberapa kali dihadapkan di mahkamah atas kesalahan sama, didakwa telah menipu seorang lelaki warga emas, Foo Kee Peng, 68, dengan memperdaya mangsa untuk menyerahkan wang tunai berjumlah RM150,000 bagi menyelesaikan saman TNB.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di lobi hotel PJ Hilton, di sini, pada 2.20 petang, 31 Mac tahun lalu mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta denda, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Mary Phoon Keat Mee tidak menawarkan sebarang jaminan bagaimanapun, tertuduh yang diwakili peguam V. Saravanan memohon mahkamah membenarkan jaminan yang minimum atas alasan anak guamnya mempunyai empat orang anak yang masih kecil dan dia penanggung utama keluarga.


Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 19 Mei untuk sebutan semula kes.

Tertuduh membayar jaminan itu.

Sebelum ini, tertuduh telah beberapa kali didakwa atas kesalahan serupa di beberapa mahkamah di ibu negara, Pulau Pinang dan Perak, antara tahun 2009 hingga 2012. – BERNAMA

Kategori