Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Lebih 700,000 Judul Di...

Kuala Nerus - Lebih 30,000 pengunjung dijangka membanjiri pesta buku terbesar di Terengganu...

6 pelajar MRSM Sultan...

IPOH - Seramai enam pelajar Tingkatan Lima Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sultan...

Tsunami Selat Sunda, Kematian...

ANGKA korban tsunami Selat Sunda kini meningkat sekurang-kurangnya 373 nyawa, kata pegawai Indonesia...

Presiden Indonesia Lawat Mangsa...

JAKARTA - Presiden Indonesia, Joko Widodo pada Khamis melawat mangsa yang cedera dalam...

Datuk & 7 Pengikut Didakwa Ahli Geng Jenayah Terancang

JOHOR BAHARU – Lapan lelaki termasuk seorang bergelar ‘Datuk’ didakwa di Mahkamah Majistret, di sini hari ini atas pertuduhan menjadi anggota kumpulan jenayah terancang antara Januari dan Ogos tahun lepas.

Mereka ialah Datuk K.Elumalai, 42; K.Puvendran, 28; M. Kishok Kumar, 25; R.Ganabathy, 30; R.Shamuga Nathan, 37; S.Jeeva, 26; S.Rajandran, 39; dan M.Suresh, 39.

Tiada pengakuan direkodkan.

Mengikut kertas pertuduhan, kesemua mereka didakwa menjadi anggota kumpulan jenayah terancang iaitu ‘Geng 21 Japan’ di kawasan wilayah Iskandar, di sini antara 18 Jan 2015 dan 19 Ogos 2015.

Mereka dituduh mengikut Seksyen 130v Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun jika sabit kesalahan.

Pendakwaan terhadap Elumalai dan tujuh pengikutnya itu dikendalikan Pengarah Pendakwaan Negeri Johor, Saiful Edris Zainuddin dan ia merupakan kes pertuduhan pertama bersabit jenayah terancang di negara ini mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma).


Hanya empat tertuduh diwakili peguam iaitu Elumalai dan Puvendran yang diwakili peguam Nor Shahid Abd Malik dan Baharuddin Bahrim manakala Datin Freda Sabapathy mewakili Shamuga Nathan dan Ganabathy.

Majistret Nor Azlan Shah Mohd Allias kemudian menetapkan 24 Ogos depan untuk sebutan semula kes bagi mendapat izin kes dipindahkan ke Mahkamah Tinggi, di sini. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori