Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kes Tukar Jantina, Mahkamah...

PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan rayuan kerajaan untuk mengenepikan perintah Mahkamah...

JDT Atasi Kelab Ternama,...

PASUKAN bola sepak Harimau Selatan, Johor Darul Takzim (JDT) membuat kejutan apabila pasukan berkenaan...

Pengganas Kulit Putih Anti...

WELLINGTON - Brenton Tarrant, pengganas kulit putih yang melepaskan tembakan rambang di masjid...

Ahli UMNO Usah Amal...

TAWAU - Ketua Bahagian UMNO Kalabakan, Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh mengingatkan anggota...

Datasonic Miliki Teknologi Kad Pengenalan Pintar

KUALA LUMPUR – Syarikat Datasonic Group Berhad dipilih sebagai pembekal kad pengenalan pintar kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) berdasarkan kapasiti dan keupayaan teknologi tertentu yang dimiliki syarikat berkenaan.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata pemilihan syarikat berkenaan dibuat secara terbuka, telus dan akauntabiliti tanpa sebarang hubung kait wujud antara syarikat berkenaan dengan kerajaan.

“Sistem perolehan yang dilaksanakan kementerian menerusi tender terbuka, jadi maknanya kita mendedahkan kepada rakyat Malaysia yang mempunyai kemampuan untuk mengambil peluang dan ruang bagi terlibat dengan pembekalan kad pintar untuk JPN.

“Tender terbuka ini telah mengenal pasti bahawa syarikat Datasonic mempunyai kriteria mencukupi bagi Jabatan Pendaftaan Negara, kementerian dan kerajaan,” katanya semasa menjawab soalan Datuk Norah Abd Rahman (BN-Tanjong Manis) pada persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.


Wan Junaidi berkata syarikat itu mempunyai kilang di Petaling Jaya dan Pelabuhan Klang dan JPN sentiasa memantau serta membuat pengauditan bersama-sama Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO) ke atas kilang pengeluaran kad pengenalan secara berkala.

“Selain itu, lokasi kilang pengeluaran kad pengenalan di Malaysia juga akan memudahkan pihak kerajaan untuk memantau, mengawal keselamatan serta memudahkan proses pengeluaran dan penghantaran kad pengenalan ke JPN,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori