Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Bapa Paksa Anak Berlari...

SEORANG bapa mengambil satu langkah yang kontroversi apabila memaksa anaknya untuk berlari ke...

Pengamal Media Di Zon...

ARAU - Siri Jelajah Taklimat Petugas Media Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 memasuki...

Suhakam Tak Setuju 12...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) bimbang penggunaan Akta Kesalahan...

Operasi Padam Kebakaran Gunung...

OPERASI memadamkan kebakaran yang melibatkan kawasan seluas 2.4 hektar di Gunung Baling, Baling...

Dasar Pengambilan Pekerja Asing Diumum Selasa Depan

IPOH – Kerajaan akan mengumumkan dasar baharu mengenai pengambilan pekerja asing di negara ini, Selasa depan, kata Menteri Sumber Manusia M. Kula Segaran.

Anggota Parlimen Ipoh Barat itu berkata dasar yang lebih sistematik dirangka bagi memastikan pengambilan pekerja asing selaras dengan keperluan tenaga kerja dalam pasaran di samping menjamin ketelusan proses pengambilan pekerja asing ke negara ini mengikut prosedur yang ditetapkan.

“Kami mahu dasar yang bersistematik dalam membawa masuk pekerja asing sebab sasaran kami tidak boleh lebih daripada 15 peratus pekerja asing dengan pekerja tempatan yang bekerja di negara ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Kayuhan Basikal ‘Ride With The Boss’ anjuran Ipoh City Watch dan Koperasi Alam Hijau Perak Bhd (Kohijau) di sini hari ini.

Selain itu, Kula Segaran berkata pihaknya dan Kementerian Dalam Negeri akan mengadakan mesyuarat mengenai pengambilan pekerja asing dengan dipengerusikan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang kini memangku tugas Menteri Dalam Negeri.

“Mesyuarat itu akan membincangkan keperluan negara untuk mengambil pekerja asing, apakah asasnya dan di mana perlunya (mengambil pekerja asing) dan ada beberapa sekatan yang kita akan cadangkan,” katanya. – BERNAMA

Kategori