Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Gambar Askar Kamikaze Senyum...

DI medan peperangan, tiada darjat yang lebih tinggi dari seseorang yang sanggup mengadaikan nyawa...

Tahanan Warga Afrika Hidap...

GEORGE TOWN - Seorang tahanan warga Afrika, mati akibat komplikasi jantung ketika menerima...

Imigresen Kelantan Tahan 753...

KOTA BHARU – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kelantan menahan sejumlah 753 pendatang asing...

Seorang Maut, 3 Cedera...

KULIM - Seorang pekerja kilang terbunuh dan tiga cedera apabila sebuah kereta dan...

Dapatkan Pandangan Pakar Sebelum Berikan Kepada Bayi

MELAKA – Orang ramai perlu mendapatkan pandangan pakar terlebih dahulu sebelum memberikan makanan tambahan kepada bayi bagi mengelakkan risiko kepada anak mereka sama ada dalam tempoh singkat atau jangka panjang.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata ini kerana tanpa disedari pengambilan makanan tambahan juga boleh mendatangkan keburukan kepada organ dalaman bayi dan sekiranya diambil secara berlebihan akan menimbulkan masalah kesihatan.

“Ibu bapa seharusnya pandai (berhati-hati) memilih mana yang baik untuk keperluan anak-anak mereka…namun tidak semua bayi memerlukannya kerana anak-anak yang sihat tidak perlu terlalu bergantung kepada makanan tambahan.

Susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi memandangkan ia merupakan sumber nutrisi yang paling lengkap,” katanya kepada pemberita pada Majlis Ramah Mesra Bersama Ahli Lembaga Pelawat Hospital dan Panel Penasihat Klinik Kesihatan, di Ayer Keroh, malam ini.

Turut hadir Exco Kesihatan, Sukan dan Anti Dadah Datuk Ab Rahaman Ab Karim dan Pengarah Kesihatan Melaka Datuk Dr Ghazali Othman.

Hilmi berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai makanan tambahan yang dipromosikan oleh seorang pengacara dan pelakon di media sosial yang mengundang kecaman netizen baru-baru ini.


“Kita ada syarat-syarat tertentu dalam mempromosikan produk kesihatan di bawah Lembaga Iklan Ubat dan tidak boleh sembarangan (mempromosi) produk di pasaran,” katanya

Makanan tambahan berkenaan didakwa boleh mengurangkan kedutan, memperlahankan proses penuaan serta mengembalikan keanjalan pada wajah kanak-kanak dan bayi. – BERNAMA

Kategori