Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

‘Isu Sempadan Kedah-Pulau Pinang...

GEORGETOWN: Kenyataan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mendakwa Pulau...

LHDN Jangka Kutip RM118.5b...

KUALA LUMPUR - Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menjangka sejumlah RM118.5 bilion akan...

Trump Dijangka Hadkan Program...

WASHINGTON - Donald Trump akan mengumumkan strategi memeriksa peningkatan kekuatan Iran secara lebih...

3 Exco Pulau Pinang...

GEORGE TOWN - Tiga Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang hadir di pejabat Suruhanjaya...

DAP Tuduh Kerajaan Sembunyi Jumlah Sebenar Defisit

Parti DAP terus membuat tuduhan kepada Kerajaan Persekutuan dengan yang terbaru menuduh kerajaan mengelirukan rakyat serta menyembunyikan kedudukan sebenar kewangan negara.

Ia dibuat oleh Ahli Parlimen DAP-Petaling Jaya Utara Tony Pua yang menganggap keadaan sebenar defisit fiskal Malaysia tidak diketahui kerana berbillion ringgit projek utama tidak dibentangkan di dalam Bajet 2015.

Memetik laporan portal The Malaysian Insider (TMI), beliau berkata projek-projek seperti fasa pertama pembinaan MRT (RM22 bilion) dan sambungan LRT (RM8 bilion) tidak dimasukkan dalam bajet.

BACA  – DAP Didakwa Punca Penularan Fitnah Di FB

“Selain itu, Putrajaya juga membelanjakan RM10 bilion untuk membina 74 ibu pejabat polis baru di peringkat negeri dan daerah.

“Banyak projek-projek lain yang terletak di bawah perbelanjaan kerajaan tidak ditunjukkan dalam kewangan Putrajaya,” kata Pua dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau turut berkata jawapan yang diberikan oleh Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan di Parlimen sebagai lemah.


“Ahmad hanya berkata ‘angka tidak berbohong’ dan pegawai-pegawainya menyediakan angka dengan teliti. Oleh itu, mereka tidak boleh salah,” kata Pua.

Pada hari Khamis, semasa penggulungan Bajet 2015, Ahmad mengemukakan angka untuk membuktikan komitmen Putrajaya untuk mengurangkan defisit bajet.

Ahmad berkata defisit bajet Putrajaya menurun daripada 6.7% pada tahun 2009 kepada 5.4% (2010), 4.8% (2011), 4.5% (2012), 3.9% (2013) kepada 3.5% (2014).

“Sasaran Putrajaya untuk tahun 2015 adalah defisit bajet 3%,” Ahmad memberitahu Parlimen. – MYNEWSHUB.CC

Oleh : IBNU K 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori