Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

4 Bot Nelayan Langgar...

LUMUT - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Maritim (DM) 3 Lumut menahan...

2 Petugas ICRC Diculik...

GENEVA - Dua petugas Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) yang diculik kumpulan bersenjata...

Pusat Beli-Belah Kompleks Pertama...

KUALA LUMPUR - Pengunjung pusat beli-belah, Kompleks Pertama cemas selepas saluran asap yang...

PRU14 Medan Tempur Yang...

PERTANDINGAN dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) boleh dikatakan yang paling sengit dalam...

DAP Kesal Penjawat Awam Dimanjakan

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen DAP tidak berpuas hati dengan tindakan tatatertib yang diambil oleh kerajaan ke atas penjawat awam yang melakukan pelbagai kesalahan dalam pekerjaan mereka.

Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching berkata, tindakan tatatertib yang telah diambil terhadap penjawat awam membuktikan kerajaan tidak memandang serius bagi mengurangkan kadar kesalahan tadbir urus penjawat awam.

“Pada tahun 2012 sahaja, negara mengalami kerugian sebanyak RM6.5 billion bagi kesalahan tadbir urus penjawat awam berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara 2012.

“Walaupun seramai 339 orang pegawai telah dikenakan tatatertib menurut Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2012 dan tahun 2013, namun hanya 132 pegawai atau cuma 39 peratus dikenakan hukuman dan 203 lagi dibebaskan. Baki empat pegawai masih dalam siasatan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Nie Ching yang juga Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP berkata, daripada 132 orang yang dikenakan tindakan tatatertib, cuma dipecat, tiga dikenakan pemotongan gaji, 65 hanya diberi amaran dan selebihnya dikenakan tindakan lain.


Dakwa beliau, tindakan yang diambil oleh pihak kerajaan terhadap kesalahan penjawat awam tidak dipandang serius menyebabkan kesalahan rasuah dan kesalahan penjawat awam terus berlaku dari tahun ke tahun.

“Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang gagal untuk mengambil tindakan yang lebih tegas terhadap penjawat awam yang membazirkan duit rakyat menunjukkan bahawa kerajaan tidak memandang serius bagi mengurangkan kadar kesalahan tadbir urus penjawat awam,” katanya. – mynewshub.cc

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori