Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Polis Padankan Maklumat Bagi...

Putrajaya : Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melaksanakan proses pemadanan maklumat baki mangsa...

PM Senaraikan 13 Isu,...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyenaraikan...

Beego, Isteri Timang Anak...

TAHNIAH diucapkan buat pasangan pelakon Beego dan isteri, Linda Hashim yang selamat menimang...

Zaharudin Dilantik Ketua Pegawai...

KUALA LUMPUR - Bekas Pegawai Prinsipal Etiqa Singapura, Zaharudin Daud dilantik sebagai Ketua...

DAP Hina Keputusan Mahkamah, Dakwa Adam Adli Tidak Salah

KUALA LUMPUR – Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) kecewa dengan keputusan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara 12 bulan ke atas bekas pemimpin pelajar, Adam Adli Abdul Halim, 25, di bawah Akta Hasutan 1948.

Ketua DAPSY, Teo Kok Seong mendakwa, keputusan itu menunjukkan undang-undang yang seharusnya digunakan untuk melindungi hak dan kebebasan bersuara telah disalahgunakan dengan sewenang-wenangnya,

“Sekali lagi seorang anak muda Malaysia menjadi mangsa akta tersebut selepas Safuan Anang dijatuhkan hukuman 10 bulan penjara.

“Kami merasa amat dukacita melihat bagaimana undang-undang yang seharusnya digunakan untuk melindungi hak dan kebebasan bersuara telah disalahgunakan sehingga demokrasi yang kita amalkan selama ini telah bertukar menjadi mimpi ngeri bagi para pejuang demokrasi,” dakwanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Sehubungan itu, Kok Seong berharap Adam Adli akan merayu atas hukuman tersebut dengan mendakwa pemuda itu pada prinsipnya tidak bersalah dan DAPSY menawarkan apa jua bantuan yang diperlukan oleh Adam Adli.


“Kami ingin mengingatkan kepada mana-mana pihak yang memanipulasi Akta Hasutan bahawa kami anak muda tidak akan berganjak daripada pendirian memansuhkan akta hasutan,” dakwanya.

Hakim Mat Ghani Abdullah pada 19 September lalu menjatuhkan hukuman tersebut terhadap Adam Adli yang merupakan bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Adam ADli didapati bersalah mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan untuk menggulingkan kerajaan menerusi demonstrasi jalanan dalam satu ceramah, Mei tahun lalu.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori