Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

PM Lancar MRT Laluan...

KUALA LUMPUR - Perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) Sungai Buloh-Kajang Fasa Satu membabitkan...

Elly Kongsi ‘Keperitan Dicurangi’...

KISAH kontroversi di antara dua pelakon Elly Mazlein dan Faye Kusairi bukan lagi...

Fesyen Selebriti Di Karpet...

FILEM Munafik arahan Syamsul Yusof telah dinobatkan sebagai Filem Terbaik Nasional pada Festival Filem...

Polis Marin Gagalkan Cubaan...

TAWAU - Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau mematahkan cubaan membawa masuk 38 pendatang...

DAP Dakwa Presiden PAS Anti-Bukan Islam!

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung DAP. Lim Guan Eng mengingatkan semua pihak bahawa Presiden PAS yang juga tokoh ulama, Datuk Seri Abdul Hadi Awang anti-bukan Islam.

Kata beliau, Abdul Hadi anti-bukan Islam apabila Presiden PAS itu menegaskan bahawa jawatan Ketua Menteri Sarawak mesti dipegang oleh orang Islam.

“DAP kesal pelampau separti Presiden PAS menyatakan bumiputera bukan Islam atau Cina tidak boleh dibenarkan memerintah Sarawak. Abdul Hadi jelas anti-bukan Islam.

“Tiada sebab mengapa bumiputera bukan Islam tidak boleh menjadi Ketua Menteri. Mengapa tidak boleh menerima bukan Islam menjadi Ketua Menteri Sarawak,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Guan Eng turut mengingatkan semua pihak bahawa orang bukan Islam selama ini bersikap terbuka untuk menerima bukan Islam sebagai pemerintah mereka.

Media hari ini melaporkan Abdul Hadi berkata partinya ‘tidak menghalalkan’ orang lain dan tidak setuju DAP memerintah Sarawak.


PAS, katanya, mahu pemerintah itu dalam kalangan orang Islam bumiputera.

Abdul Hadi berkata, bangsa Cina dan India boleh menjadi rakyat namun ia perlu dipimpin oleh pemimpin beragama Islam.

“Kita tak menghalalkan orang lain, kita tidak setuju DAP perintah Sabah, Sarawak kita tidak setuju.

“Kita terima orang Cina, India jadi rakyat, kita layan adil semua tapi memerintah negeri mesti bumiputera,” kata Abdul Hadi.- Mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori