Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Kes Rusuhan Kuil: Reman...

PETALING JAYA - Mahkamah Majistret di sini, hari ini melanjutkan tempoh tahanan reman...

20 Tong Biru Disyaki...

PASIR GUDANG - Kira-kira 20 tong biru disyaki mengandungi bahan kimia ditemui selepas...

PM Lancar Skim Mikro...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan Skim Mikro...

Wujudkan Masa Pakai Topeng...

KUALA LUMPUR - Seorang penyokong kerajaan hari ini mencadangkan kerajaan menetapkan dan menyelaraskan...

DAP Bantah Undang-Undang Syariah Tidak Terikat Dengan Hak Asasi

PUTRAJAYA – DAP menganggap kenyataan peguam Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bahawa undang-undang syariah di negara ini tidak terikat kepada perihal kebebasan asasi individu satu serangan ke atas Perlembagaan Persekutuan.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang mendakwa, tindakan peguam MAIWP membangkitkan persoalan itu menimbulkan kebimbangan terhadap kedudukan Perlembagaan sebagai undang-undang tertinggi dalam negara.

“MAIWP adalah sebuah badan kerajaan yang mempunyai anggota ex-officio yang terdiri daripada Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail, Datuk Bandar dan wakil-wakil daripada Ketua Setiausaha Negara dan Ketua Polis Negara.

“Penangguhan pendengaran kes tersebut di Mahkamah Persekutuan ke bulan Ogos memberi masa bagi Jabatan Peguam Negara memutuskan pendirian apa yang bakal diambil. Ini sangat mengarut memandangkan Peguam Negara adalah anggota ex-officio MAIWP,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.


Media hari ini melaporkan Mahkamah Persekutuan menetapkan 13 Ogos ini untuk mendengar hujah MAIWP berhubung sama ada undang-undang Islam adalah tertakluk kepada kebebasan asasi yang dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan.

Ia berikutan peguam MAIWP berkata, undang-undang syariah di negara ini tidak terikat kepada perihal kebebasan asasi individu seperti terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan dalam kes peguam bukan Islam, Victoria Jayaseele Martin memohon untuk diterima masuk sebagai seorang peguam syarie dalam Wilayah Persekutuan. – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori