Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

29 Terbunuh Dalam Operasi...

BANDAR RAYA MEXICO – Seramai 10 askar dan 19 suspek penjenayah terbunuh dalam...

Pengerusi SPR Nafi Hadir...

PUTRAJAYA – Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Mohd Hashim Abdullah menafikan...

Melindungi Sang Belang Di...

KUALA LUMPUR - Pada Jun 2015, Kesatuan Pemuliharaan Alam Sekitar Antarabangsa (IUCN) menyenaraikan...

Dakwa 70 Peratus Penjawat...

KUALA TERENGGANU: Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendakwa kira-kira 70 peratus penjawat awam kerajaan...

Dalang 2 Kes Samun Kedai Emas Ditahan

SHAH ALAM – Polis menahan seorang jurujual kedai emas dipercayai perancang utama dua kes samun di sebuah kedai emas di dalam sebuah pasar raya di Kota Damansara dekat sini, yang melibatkan kerugian hampir RM2 juta, pada November dan Khamis lepas.

Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor berkata lelaki berusia 25 tahun yang berkhidmat di kedai emas itu adalah antara 11 lelaki tempatan yang ditahan dalam serbuan berasingan di sekitar Petaling Jaya, Shah Alam dan Kuala Lumpur pada Jumaat dan Sabtu lepas.

Beliau berkata kedai emas itu pernah disamun sebanyak dua kali iaitu kali pertama pada November tahun lepas melibatkan kerugian kira-kira RM1.1 juta dan terbaharu pada Khamis lepas melibatkan kerugian RM750,000.

“Hasil sisatan awal mendapati dua kes samun di kedai emas ini melibatkan ‘kerja orang dalam’ yang mana jurujual itu sendiri mendalangi kes samun berkenaan.

Jurujual ini juga dikehendaki polis bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan untuk satu kes tipu di Senawang, Negeri Sembilan,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini hari ini.

Dalam kejadian terbaharu di kedai emas tersebut pada pukul 12.20 tengah hari, Khamis lepas, tiga lelaki melarikan lapan dulang emas bernilai RM750,000 serta selaras senjata jenis pump gun milik pengawal keselamatan yang kemudiannya ditinggalkan suspek di luar pasaraya berkenaan.

Susulan itu, polis berjaya menahan kesemua 11 suspek lelaki berusia dalam lingkungan 22 hingga 30 tahun dalam tempoh 24 jam selepas kejadian dan merampas dua kenderaan iaitu Perodua Myvi serta Nissan Almera yang digunakan suspek dalam kejadian itu.


Menurut Mazlan, pihaknya juga menemui semula barangan kemas yang dilaporkan hilang bernilai kira-kira RM300,000, wang tunai sejumlah RM33,420, sepucuk pistol, empat butir peluru hidup dan satu kelongsong peluru.

Kesemua suspek ditahan reman sehingga 16 Feb ini untuk disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan, tambahnya.

Dalam pada itu, beliau menasihati pengusaha kedai emas untuk sentiasa memerhatikan gerak geri pekerja mereka yang disyaki memberi ruang dan peluang kepada kumpulan penjenayah untuk melakukan samun. – BERNAMA

Kategori