Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Budak Sesak Nafas Termakan...

IPOH: Seorang kanak-kanak perempuan 11 tahun dibawa ke hospital akibat sesak nafas selepas...

Nicol, Wee Wern Mara...

KUALA LUMPUR - Ratu skuasy negara, Datuk Nicol David dan pemain nombor dua...

1 Maut, 13 Cedera...

HOUSTON (Amerika Syarikat): Seorang maut manakala 13 yang lain cedera dalam kejadian tembakan...

Penasihat Ekonomi Digital Teraju...

BEIJING - Pelantikan pengasas Alibaba, Jack Ma, sebagai penasihat ekonomi digital kepada Kerajaan...

Dalam Pas Banyak ‘Syaitan’, Kata Perwakilan Kedah

SERDANG – Perwakilan Dewan Ulama Pas Kedah, Mohamad Fauzi Hussin menggesa kepimpinan Pas Pusat segera membersihkan parti itu daripada unsur pengkhianatan yang disifatkannya sebagai ‘syaitan dalam jemaah’.

Beliau berkata kewujudan pengkhianat itu adalah mereka yang tidak memberi ketaatan atau wala’ kepada kepimpinan parti yang hanya memecahbelahkan parti gerakan Islam itu.

“Dalam konteks kita berjemaah, jika dalam masjid ada syaitan, maka dalam jemaah ini (Pas) berapa banyak syaitan yang wujud.

“Tak sempurna Islam kalau kita tidak berada dalam jemaah, melainkan kita dalam jemaah, tidak ada jemaah jika tiada kepimpinan.

“Sebab itu wala’ kepatuhan ketaatan dalam jemaah merupakan persoalan pokok,” katanya ketika membahas ucapan dasar Pemangku Ketua Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Ahmad Yakob pada Multaqa Ulama Semalaysia II di Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), di sini, hari ini.


Terdahulu, Menteri Besar Kelantan itu mendakwa perbuatan tidak taat kepada pimpinan tertinggi bermakna seseorang itu telah menempah dosa kerana telah melanggar baiah yang telah di ikat antara dirinya dan ALLAH SWT.

Katanya lagi perbuatan tidak taat kepada pemimpin juga disifatkan sebagai pengkhianatan kepada parti.

Bagaimanapun tegasnya, ketaatan itu bukan untuk memperbodohkan ahli bawahan dan mendewakan pimpinan Pas membuta-tuli. – Sinar Harian Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori