Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Laporan Ada Isyarat ELT...

Laporan berkaitan dua isyarat kecemasan yang diterima didakwa daripada alat Emergency Locator Transmiiter...

Gagal Bayar Bil Hospital,...

AKIBAT gagal menjelaskan bil hospital, sepasang suami isteri dari Makassar, Indonesia terpaksa 'menjual'...

AirAsia Lantik Naelofar Reka...

KELUARAN tudung jenama milik pelakon Neelofa iaitu Naelofar mengukir sejarah manis tersendiri apabila...

Wanita Tipu Jual Telefon...

PARIT - Seorang wanita didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas...

Dah 12 Kes Rogol Pelajar…

POLIS Kota Kinabalu merekodkan 12 kes rogol membabitkan pelajar sekolah menengah di daerah ini bagi tempoh Januari lalu hingga kini.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M Chandra, berkata lapan suspek adalah pelajar sekolah manakala empat adalah orang luar dikenali mangsa.

“Daripada analisa dilakukan, hampir semuanya dikenali dan perbuatan ini dilakukan suka sama suka dan tiada elemen paksaan.

“Namun perbuatan mengadakan hubungan seks di bawah umur adalah satu kesalahan dan boleh dihukum,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Penutupan Perkhemahan Kor Kadet Polis Daerah Kota Kinabalu di Pusat Kegiatan Luar (ODEC) Universiti Malaysia Sabah (UMS) di Kota Kinabalu, hari ini.

Chandra berkata, semua kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan iaitu merogol dan sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan.

Sementara itu, beliau berkata, antara punca kes rogol membabitkan pelajar sekolah berlaku adalah berkait dengan penggunaan media sosial terutama aplikasi WeChat, Facebook (FB) Messenger dan BeeTalk.

“Mereka boleh melihat dan memuat turun gambar lucah dan pornografi melalui laman web.


“Jika tidak dikawal penggunaannya, ia akan mempengaruhi minda pelajar untuk melakukan perkara tidak baik,” katanya.

Mengulas mengenai majlis berkenaan, beliau berkata, perkhemahan Kor Kadet Polis Daerah Kota Kinabalu itu membabitkan 296 pelajar dari 15 sekolah menengah.

Katanya, perkhemahan selama empat hari dan berakhir hari ini adalah aktiviti utama dalam kalendar Kor Kadet selain pertandingan kawat kaki dan Perhimpunan Hari Kor Kadet.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah dan guru yang terbabit menjayakan perkhemahan ini,” katanya. – MyMetro

Kategori