Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Laporan Polis Diterima Kenyataan...

KUALA LUMPUR - Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Mazlan Mansor mengesahkan satu laporan...

Program Podium Bagus, Cuma...

KUALA LUMPUR - Program Podium merupakan satu program yang bagus dan perlu dikekalkan...

TM Tidak Rancang Tamatkan...

KUALA LUMPUR - Telekom Malaysia Bhd (TM) memberikan penjelasan tentang satu artikel bertajuk...

Harga Naik Sikit, Ramalan...

KUALA LUMPUR – Harapan netizen propembangkang kononnya Parlimen bakal dibubarkan jika harga minyak...

Cuti Raya 140 Anggota JPJ N.Sembilan Dibeku

SEREMBAN — Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan membekukan cuti 140 anggota penguatkuasanya sempena Hari Raya Aidilfitri ini.

Pengarahnya, Azrin Borhan berkata anggotanya yang dibekukan cuti akan menjalankan tugas pemantauan sebelum dan semasa musim perayaan bagi memastikan pengguna jalan raya mematuhi peraturan jalan raya sekaligus bagi mengelakkan berlaku kemalangan jalan raya.

“Kesemua anggota penguatkausa ini akan bertugas ketika raya yang bermula dari 8 Jun hingga 24 Jun ini.

“Lokasi tumpuan akan dimaklumkan semasa majlis pelancaran operasi sempena perayaan pada Khamis ini, yang akan dirasmikan Menteri Pengangkutan Anthony Look Siew Fook,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan program advokasi keselamatan jalan raya dan pengagihan bubur lambuk di Plaza Tol Senawang bersama Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) dan pihak Kompleks As-Saadah di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Azrin berkata selain pematauan di lebuhraya kerana sering merekodkan kemalangan jalan raya ketika musim perayaan, jalan persekutuan dan jalan negeri turut akan dipantau.

“Kawasan panas yang kita dah kenal pasti kita akan buat rondaan,” katanya.


Mengulas mengenai program advokasi, Azrin berkata ia bagi mendidik pengguna jalan raya mengenai peraturan jalan raya serta apa yang patut dan tidak patut dilakukan ketika memandu mahupun menunggang motosikal.

“Kita bagi risalah kepada pengguna jalan raya tentang kesalahan-kesalahan di jalan raya yang boleh memberi risiko kepada mereka antaranya tidak memakai tali pinggang keledar, melanggar lampu merah dan sebagainya.

“Sementara pihak JKJR pula memberikan risalah berkaitan tatacara keselamatan seperti cara menujar tayar dengan betul dan sebagainya… saya harap program seperti ini dapat membantu mengurangkan kadar kemalangan semasa musim perayaan ini nanti,” katanya. — BERNAMA

Kategori