Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

FOMCA, NGO Diseru Bincang...

KUALA LUMPUR - Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO)...

Dani Pedrosa Juarai GP...

SEPANG - Penunggang Sepanyol, Dani Pedrosa muncul juara Grand Prix (GP) Motosikal Malaysia...

Rakyat Jangan Terpedaya Sandiwara...

KUALA LUMPUR - Semua pihak terutama ahli UMNO perlu menyedari bahawa Datuk Seri...

1.17 Juta Permohonan i-Lestari...

SEHINGGA 12 April 2020, kerajaan meluluskan 1.17 juta permohonan i-Lestari Kumpulan Wang Simpanan...

Cuti 7 Hari Bermakna Buat Penjawat Awam Perak

IPOH – Manifesto Barisan Nasional (BN) Perak yang menjanjikan tujuh hari cuti tanpa rekod kepada semua penjawat awam di negeri ini untuk menjaga ibu bapa yang terlantar sakit dan uzur disifatkan sebagai satu ‘bonus’ buat golongan itu.

Rata-rata penjawat awam yang ditemui berpendapat walaupun janji berkenaan dilihat seperti satu pemberian kecil, namun ia membawa seribu makna kepada mereka yang turut mempunyai tanggungjawab terhadap keluarga dan ibu bapa selain kerjaya.

Berita baik itu sangat dialu-alukan oleh Pembantu Tadbir, Mohd Fauzi Radzali, 33, kerana sebelum ini beliau perlu mengambil cuti tahun untuk pulang ke kampung dan menjaga ibu yang sakit.

“Kami sebagai penjawat awam menerima kesan positif ini, walaupun tujuh hari itu nampak sedikit tetapi ia sangat bermakna. Kalau kerap ambil cuti tahun saya rasa ia tidak adil bagi pekerja lain yang juga mahu bercuti,” katanya ketika ditemui Bernama di sini, baru-baru ini.

Penolong Pegawai Tadbir, Intan Suri Suria Noor Mohd Johari, 38, berkata janji BN itu merupakan satu penghargaan serta inisiatif kebajikan buat penjawat awam dan ia sesuatu yang sangat baik dan wajar dilaksanakan.

“Jaga ibu bapa yang sakit dan uzur adalah sangat baik, malah dalam Islam juga mengajar kita untuk berbuat baik kepada ibu bapa. Apabila BN memasukkan cuti tanpa rekod itu dalam manifesto mereka, pasti semua ibu bapa dan anak-anak merasa gembira dan bersyukur kerana mempunyai pentadbir yang penyayang,” katanya.

Pegawai Penyelidik Sosial, Hamdan Zakaria, pula berkata beliau menyambut baik janji pelaksanaan cuti tanpa rekod itu.


“Ia merupakan satu keperluan kepada anak (penjawat awam) untuk memudahkan menjaga ibu bapa yang sakit dan uzur, tambahan pada usia yang memerlukan perhatian khusus kerana masalah kesihatan,” katanya.

Izzah Azri Hamidon, 27, pula berkata peruntukan cuti itu merupakan keprihatinan kerajaan BN terhadap penjawat awam dan ia sangat dinanti-nantikan oleh mereka kerana aspek menjaga ibu bapa yang sakit dan uzur kurang diberi perhatian selama ini.

Beliau berpendapat pemberian cuti tanpa rekod itu juga perlu mengambil kira keadaan pesakit kerana sekiranya pekerja diberi cuti sedangkan ibu bapa mereka hanya mengalami sakit ringan ia mungkin akan memberi kesan kepada majikan.

“Kalau sakit yang tidak memerlukan rawatan pakar atau sakit (ringan) biasa saya rasa pekerja tidak perlu mohon cuti tersebut. Jika sakit itu sakit yang serius dan memerlukan rawatan pakar, majikan perlu memberikan cuti itu (cuti tanpa rekod),” katanya yang bertugas sebagai pembantu tadbir. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • BN

Kategori